Assalamualaikum dan salam jom pi jalan eh kayuh (ekekekeke gitewwwww tetiber ada salam baru pula!)
Dah puas dah cuti seminggu minggu lepas?? Jalan pi mana?? Buat apa???? Ngeeeeeeeee....
Jadual aku minggu lepas tersangatlah padat dengan pelbagai sesi... Dari booth aiskrim mewah, ke kedai mamak, masuk hutan, camping, 'ceroboh' dusun, masuk balik kedai makan best, melawat sedara-mara, redah shopping complex dan macam-macam lagi termasuklah kereta aku yang parking kat tengah kebun boleh kena langgar dengan budak main motor, hurmmm dugaan.
Apapun entri hari ini nak kongsi satu pengalaman baru dan kerja gila kot yang aku buat minggu lepas. Pengumuman awal, ye saya tak ada basikal tetapi dua kali masuk kedai basikal teman kawan merepair basikal sesambil juga buat test ride basikal (meracun letew).
Sabtu :
Mas, kitaorang nak kayuh Genting Sempah
Ahad :
M/ A : Mas, jomlah join kayuh Genting Sempah
Me : Erk?! HAhahahaa lawaksss.
Dan sesungguhnya mereka mengetahui aku tak pernah lagi berkayuh di mana-mana melainkan meyukat jalan di dalam taman dengan basikal tua... Kalau ikut kayuh basikal 3 km pergi sekolah tu memang dah berzaman dah.. haishhh.
Meh sambung cerita bergambar...
|
Apapun, aku terjebak juga. Basikal dipinjamkan oleh Mahmud kerana isterinya tidak mahu berkayuh. Hoyeahhhhh tetiber ada basikal. Tapi betul ke????? "Betullah Mas!" "Ok, ko jangan cari alasan!" "Hihihi".
Pada pagi Deepavali, seawal pagi kami berkumpul di Petronas NKVE. Debarnya rasa dalam hati, tapi pagi tu matahari macam merayu-rayu supaya aku meneruskan cita-cita.
|
|
Seriously sangat nervous bila tengok orang lain yang macam wow!!!! Yerrr... pakaian juga boleh menyebabkan orang lain psiko....
|
|
Kami tiba di Hospital Orang Asli kat Jalan Gombak lebih kurang jam 7.45 pagi. Masa ni memang no turn out dah walau dalam hati dah ciken out. Sumpah masa ambil gambar ni, aku baru je sepuluh minit pegang basikal... Briefing diberi oleh Abg Din memandangkan peserta yang ikut berkayuh dalam 35 orang walaupun jangkaan asal 20 orang jer.... yerrr tersiput lagi aku.... Ramai sungguh mereka.
Kenapa aku nebes ter'over' ni pun tak tahu lewww.... Ngalahkan masuk event Tri laksss... cesss. |
|
Walaupun dup dap, muka harus maintain...... Dengan harapan semua orang takkan perasan tahap kenervousan aku. I guess berjaya jugak kot..... until aku bocor rahsia dan diorang nganga....
Ini first time ke??? Terus ni? Genting Sempah? Ngeeee..... (senyum siput lagi aku) |
|
Bismillah..... bergegar-gegar handle basikal aku melawan keinginan yang tinggi tiba-tiba untuk meneruskan agenda pada pagi itu.... Let me enjoy and feel the ride!
Pagi tu kami berlepas dengan 35 orang peserta dengan basikal yang pelbagai.. Ada yang bawa road bike, ada yang kayuh mountain bike, basikal 'besi' dan Dudu nyaris nak bawak folding bike tapi kena tahan sebab ada yang saing depan katanya... Aku laks naik mountain bike... Hoyeahhhh lets do it!!!! |
|
Ya Allah, rupanya pagi di laluan lama ke Genting Sempah ni tersangatlah cantik!! Aku terus suka gila dan kalau boleh nak berhenti menikmati cahaya matahari pagi dan udara segar kat sini. Sumpah, kalaulah aku ni power rangers, tak tahulah berapa kali aku akan berhenti dan bershooting-shooting. Gembira yakmats sebab aku memang suka bau 'hutan' dan sejuk pagi.... |
|
Time ni memang berangan apa pun aku tak tahu....Tapi hampir sepanjang perjalanan redup macam ni dan masa awal pagi memang paling mabeles.... Kayuh rileks-rileks dan nasib baik ada Abg Ommm dan Abg Din yang sudi teman aku dan memberi panduan-panduan untuk aku.... Kayuh ke Genting Sempah ni memang kayuhan naik bukit... Masa landai atau bukit tak ketara, kayuhannya nikmat. Tapi bila dah memang nampak bukit, hahzabbbbbb.....
Kata Abg Omm dari belakang, haaa gear tu tolak bagi ringan... kayuh pelan-pelan, janji gerakk...
Fiuuuuuuuuuuuuuuu... yarkhhh... yarkhhhhhh (haduiiiii) |
|
Sepanjang perjalanan, jumpa ramai kenalan baru dan semuanya supportive. Seingat aku, sepanjang perjalanan, tak rasa macam asing walaupun ini first time aku kayuh. Semua yang kayuh pepagi alam kat situ bertegur sapa dan paling tak pun sempat melempar senyum.
Ni gambar dengan group lain kat atas jambatan. Port ni pun best juga ambil gambar sebenarnya... Lenkalilah nampak gayanya ambil gambar ye! +_- |
|
Sampai di Hentian Rehat Genting Sempah, memang aku lah orang yang terakhir sampai. Lagi nak sampai tempat ni, lagi gila pulak bukit dia... Kalau ikut penat, nak je aku cakap "Bang, saya takat sini jer la". Nasib baik hati kata "Weiii dekat dahhh... You can do it" Hurpmhhhhhhh nyawa.. nyawaaaaa... Alhamdulillah sampai juga... Yeayyyyyy....
Selepas rehat lebih kurang sejam, kami pun bergerak turun semula.... Datang pulak cuak lain - gayatnya nak turun bukit lelajuuuuuu.......
|
|
Gayatnya nak turun tapi memang best gilesssssssss....... siap berangan Titanic lagik... Layan... Layannnnn.... I believe I can fly gitewwww.... Dan sampaikan tetiber kena berenti dan menyadaikan diri sekejap....
|
|
Sesi rider membantu support car yang tetiber pancit sebab langgar lubang... Aku tukang tengok jew.
|
|
Ok ni sebahagian dari group yang aku ikut hari tu... Memang best la dengan diorang nih.. Tak ada pressure pun... Kot yang pressure sebab tunggu aku je la kot! Hahahahaha... Tapi diorang pesan, jangan serik dan jom kayuh lagi! Weeee Weeeeeeeeeee....... Giles excited dah nihhhhhhhhhh..... Soalannya? Adakah aku sudah termakan racun????????????? Dem it!!! Hahahahahhaaa
|
Terima kasih Ann, Mahmud, Aina, Auntie dan geng basikal Shah Alam yang sudi ajak join Henjutan Genting Sempah I Deepavali nih.... Lenkali join korang g Bukit Fraser laksss yerr... Sekarang ni tak mampu lagi, hahahahaa....... MEMANG BEST!!!!!
Info : total mendaki 18 km, balik pun 18 km :D