FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, February 25, 2012

MeNJeNGuK RoYaL BeLuM INTeRNaTioNaL DRuMS FeSTiVaL

Yezzaaaaaa skip lagi entri USS, hahahaha....

Malam tadi dengan keadaan bertekad cemerlang dalam fenin-fenin lalat, sampai juga aku ke Royal Belum International Drum Festival.  Aku sangat suka walaupun hanya dapat pergi tengok rehearsal, BEST GILER (ke sebab memang aku suka benda-benda macam ni, yezzz i'm so into it!).  Sebab datang lewat, tak dapat lar tengok semua kumpulan buat persembahan ~ huuu sedih taw.  untuk malam tadi, aku berkesempatan untuk tengok persembahan dari Malaysia (walla kumpulan dari Ipoh pun ada!!!), Indonesi, Singapura, India dan Vietnam.  Semua best! *N to Shah_rule,  KLDC tu weeee bertenaga sungguh! Sambil tengok diorang, boleh pula terbayang ko kat dengan diorang buat persembahan!

Pada yang berkesempatan, malam ni 25 Febuari 2012 bermula jam 8.00 malam jangan lupa ke Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).  Masuk percuma. Datang awal ok untuk dapatkan port yang best!!!  Enjoy!!!!!!

Esok 26 Febuari 2012, Malam Gala diteruskan di Lapangan Terbang Grik :D























Wednesday, February 22, 2012

TeMPaT BaNYaK 'KaLeR' *

Ngelat lagi sambungan Trip Travelholics ke Singapore, sabar!!!! Esok, lusa,tulat mungkin tonggeng akan keluar juga.... Hehehehe...

Apapun, minggu lepas......

* Edisi cerita bergambar

Kami sampai ke sini ~ Sammy's Rainbow Party

Marking siapa yang sampai dulu... Huahuahua....




Cari Ultraman tapi jumpa yang ni pulak... Agaknya ni lagi banyak warna kot!

Kat dapur pun ada banyak kaler

Ni ada 2 kaler je??? ~Janggel tukang cucuk

Ni banyak lagi kaler~!! ~ yang ni aku tukang cucuk! Santekkan!

Dah habis buat kerja, pi cari kerja ~ wow kaler lagi!!
  
Mahkota banyak kaler ~ paling meriah kot....

Set sudu garpu lima warna! Rumah saya ada dua kaler je! Ekekeke

Eh terlupa ni birthday party Sammy!! Mana???
 
Kan birthday party kan???
  
Mencari Sammy

Jumpa kek banyak kaler!!!! *Eh cam salah susun pulak! Kek bukan takat belum potong, sampai pun belum!! **Pening jap!

Candy yang berkaler-kaler

Jumpa gambar Sammy lagi... Tak juga jumpa Sammy nih!

Rupanya sleeping....


Kaler lagi.... Ni pulut kaler-kaler jugak tapi tak nak letak sebab nanti teringin lagi! Hahaha
 
Tomei Tomei

Tomei Aqilah

: D

 
Ni saya buat taw!!

"Sammy! Sammy! Ala Sammy!" <~ kes kena panggil masa main sand art

Ehehehe.... tetiber kan.... gambar ni masuk! Hahahahaha


At later stage, tetiber teringat ~ detik-detik paling penting selain party kaler.... Hehehehe.... Merah ke??? Buweekkkkkk..... Hahahahaha


Oklah... Takde idea nih, sekian....

** Malam ni ada persembahan GHAZAL di Ipoh Hainan Chicken Rice (branch Pekan Ipoh Lama) pukul 8.00 malam.  Masuk percuma... Jomssssss...




Friday, February 17, 2012

Royal BeLuM WoRLD DRuMS FesTiVaL 2012

Beat the world!! Wahhhh gituuuu.....  Sasaran sebenar teringin ya amat nak pi tengok Rain Forest Festival yang kat Sarawak tu (gila aaah cita-cita dari zaman student sampai dah la ni tak juga terlaksana!), tapi tiba-tiba nampak yang ni pula.  WoW. WoW. WoW....  Tahun melawat Perak 2012 katakan!

Maklumat lanjut boleh tengok di laman rasmi festival ni kat sini ~ klik.

Program kat Ipoh akan berlangsung pada 25 Febuari 2012 bermula dari jam 8.45 malam sehingga 11.30 malam di Dataran Ipoh.  Full rehearsal akan diadakan pada malam sebelumnya. Moh kite!! Dum DuM Hiyearkhhhh!!!!!

Kumpulan yang akan membuat persembahan :-
Kumpulan Drum Perak ~ Kumpulan Penari Kebudayaan ~ Kuala Lumpur Drum Corps (KLDC) ~ White Percussion ~ Dhol Federation ~ Atenteben Music & Dance Ensemble ~ Malwa Sabhyacharak Club (Regd.) ~ Natiq Rhythm Group ~ Saratuspersen ~ Absolute Thai
Bonita ~ Rhythm Masala ~ Wadaiko Syo ~ Capoeira Camara ~ U Ri So Ri


Wednesday, February 15, 2012

BeTeL BoX BackPacKeR HosTeL n Misi KaCaNG PHooL Di GeYLaNG SeRai, SiNGaPuRa

Namanya Anak Jutawan Yang Memilih Jalan Susah ~ apa punya tema daaaaa.....  Memang sangat bersusah payah untuk balik tidur!!!!  Dari Vivo City kami menaiki MRT menuju ke stesyen Paya Lebar... Dari stesyen tersebut, menggagau kami mencari arah.  Kaedahnya sebab tak ada sesiapa pun di kalangan Travelholics yang membuat research lanjut kat mana hostel ni berada.  Yang tahu dekat dengan MRT dan walking distance.  Sangatlah walking distance bila dah satu hari berjalan dan mengangkut beg! Rasa kaki dah macam 'jello', lembik....  Yang dok dengar enchek Dahlan dok sebut lagi 600 meter, lagi 400 meter, lagi 110 meter.... huh!!!!  Apapun, jarak sebenar Betel Box dari stesen MRT yang terdekat adalah 1.1 kilometer.... Harap maklum!

Secara keseluruhannya, hostel ni selesa dan kat kawasan sekeliling ada tempat makan yang halal....  Paling penting untuk sarapan dekat dah nak mengejar kacang phool kat Geylang Serai tu! Hehehehehehe.....

Betel Box Backpackers Hotel dari luar... *Dalam hati ~alangkah cantiknya kalau bangunan-bangunan lama kat pekan Ipoh boleh jadi macam ni.... huuuuuu

The dorm!!  Ada 3 jenis dorm kat sini.. Ada dorm untuk 16 orang, 20 orang dan ada juga untuk perempuan sahaja...  Kami terlambat untuk pilih dorm 16 orang (kalau tak, dah sah boleh borak tak hengat dalam dorm!)...  Harga per person $20/- (pakej termasuk sarapan pagi) *towel tak sediakan, tapi boleh disewa pada kadar $0.50

Ruang rehat siap dengan kemudahan internet, ,meja pool dan buku-buku

Ruang rehat

Some side dalam cafe

Kopi O sesedap G12 katanya!!!!  Pagi tu, makanan aku tak sampai-sampai pun.... Huh!!!

Pengembara Tumpangan a.k.a Icam, watak utama dalam perancangan Travelholics to USS.  Pengalaman pertama ke luar negara, yeayyy sila lompat-lompat!! :D

Sedap tak sedapnya makan sampai menjilat jari!!!!  Puas hati larr tu :D

Hahaha... lupa pulak!  Lepak'ing' masa Travelholics yang lain, lena diulit intan...  Sesi minum-minum dan makan kapkek,  coklat sambil-sambil me'review' gambar.  Duduk kat sini sampai pukul 1.30 pagi kot???

Geylang Serai terletak di tengah-tengah perjalanan antara stesyen MRT Paya Lebar dengan hostel Betel Box...  Boleh ke malam tadi masa mamai-mamai jalan, ingat tempat ni pun stesyen MRT!!!!! Hadeiiii.... Kritikal tak kritikal pemikiran masa tu!!!!!

Masa jalan-jalan kat kawasan sini, sempat juga tegur dan sempat larr beramah-mesra dengan local.  Tiba-tiba tersembang makcik yang pernah dok kat Gombak, pastu ada seorang abang ni beriya tanya "Adik ni fotographer ke? Magazine ke?" "Wow!!" "Errrr.... Saya jalan-jalan je Bang... Suka-suka"  Rupanya abang ni cadangkan pergi ke Little India (adeh lupa dah tempat yang lagi spesifik abang ni sebut) sebab ada perayaan Thaipusam kat sana.... "Errr hehehehe.... Bang, terima kasih..." *Sesak nafas sebab tak berani nak tengok.... Ada yang sorang lagi, abang yang jual air sebelah tempat kacang phool.  Beriya tolong tengokkan kedai kacang phool yang lain dan siap suruh tunggu....  Rasa macam balik kampung dan well welcomed kat sini! Serius!

Kedai kacang phool katanya yang paling sedap kat sini... No gerainya 786... Tapi kalau dah habis, ada lagi 2 gerai dalam Geylang Serai ni yang jual kacang phool.  Ceritanya  kalau teringin nak makan, silalah datang awal pagi ya!!!! Huuuuuuuuu...... Misi GAGAL!!!

Sebagai galang ganti kepada kacang phool sedap yang disebut-sebut itu, huuuuu *tulis sambil nanges-nanges nihhhhhh..... maka terbeli larrr KEBAB TORNEDO dari kedai kacang phool idaman hati tu.....  Seb baik sangat sedap!  Biasa kalau makan kebab aku suka roti yang biasa, tapi yang ni I LOIKE!!!!!! Harga $4/-

Pasni.... errrrrrr jenjalan lagi erk?!! Jom!!!!!