Sambung cerita kat TiN TiN CiTY a.k.a Ho Chi Minh.... Tiba-tiba cam tak berapa reti nak nulis sebab baru perasan gambar hari kedua tidaklah sebanyak mana.... Sebab apa?????? HAhahhahaa..... dari pagi membawa ke malam boleh katakan membeli-belah sahaja (ayat lain, SHoPPiNG saMPai LeBaM wokeyyyyy)....
Pagi hari kedua, selepas bersarapan di hotel (kek bawa sendiri dari Malaysia dan biskut cecah-cecah air), kami menuju ke Pasar Ben Thant... Dalam perjalanan sempat juga singgah kedai-kedai yang menarik dan tertarik-tarik... Antara kedai yang kami masuk ialah kedai helmet. Kalau tak masuk, rasanya ralit juga sebab kat sini helmet sungguh 'fancy'. Helmet bukan setakat bermacam warna, tapi siap ada macam-macam lukisan lagi. Jadi, saja-saja larr masuk untuk tengok-tengok. Rasa-rasanya kalau ada sesiapa teringin helmet Hello Kitty pun boleh jumpa agaknya! Hahaha. Kedai lain, butik yang jual kain kapas yang ada sulam... Siapa yang datang sini, rasanya boleh rambang mata dan meleleh-leleh air liur tengok baju-baju cotton sulam (embroidery) tambahan pula bila tengok baju budak.... kiut miuttttt tomei-tomei je....
Di Pasar Ben Thant, barulah aku memulakan operasi... Ececece ewah-ewahhhh!!!! Betullah tu, diorang semua sudah ada tuaian semalam tapi aku baru nak menuai :D Dalam pasar ni ada macam-macam barang, ala-ala Pasar Siti Khatijah kat Kota Bharu, Pasar Baru kat Bandung, segala jenis kain, baju, cenderahati, beg-beg termasuk tempat makan dan pasar basah semua sekali ada dalam satu pasar.... (errr jap, dalam Pasar Baru tu ada ke pasar basah??? Hehehehe)... Pasar Ben Thant ni satu tingkat sahaja tapi disebabkan ada banyak gerai dalam ni, maka lama juga duduk dalam pasar ni. Shopping kat sini bagusnya kalau membeli di awal pagi sebab diorang kat sini pun percaya pelanggan pertama akan bawa tuah pada perniagaan mereka... Jadi, kalau datang awal pagi tu sedap tawar harga. Tuaian hari ini, kain sprah, sarung kusyen (semua ada sulam) untuk ibu dan stok sendiri, dan kain kapas errrr (baca pelan-pelan) .... 2 d.o.z.e.n). Lepas tu menung, betul ke??? Sebabnya sprah tu tak ada dalam senarai yang nak dibeli!! Hihi... Tak cukup dengan tu, ada sehelai kain terus aku tempah buat baju Vietnam dengan yakinnya... Aku pun tak tahu kenapa aku tempah baju Vietnam bukan baju kurung... Ok larrr amek fil kan?!!! *hari sebelumnya, M dah tempah baju kurung dan betul siap dalam masa 1 hari dan yang best lagi sebab baju ada lining dan jahitan pun kemas.
Agak-agak dah puas hati, kami berjalan pula ke Saigon Square yang letaknya dalam sepuluh minit berjalan kaki dari pasar. Di Saigon Square, banyaknya blouse-blose dan baju-T. Jadi, kami meronda sahaja dalam tu tanpa membeli apa-apa. Lagi pula sebenarnya dah lapar, sikit je lagi naga-naga dalam perut nak mengamuk!
Untuk makan tengah hari, kami makan di VN Halal (akan ditulis dalam entri berlainan) sebelum pulang ke hotel untuk berehat. Barang-barang yang kami beli di pasar, sudah dihantar ke hotel!!! Diorang ni memang tabik larrr, efisien! Dan penghantaran ke hotel dibuat tanpa caj!!! Suka!!! *untuk yang memborong sakan kat dalam 1 kedai, diorang akan offer tolong hantarkan ke hotel
Rehat dekat sejam setengah terus kami keluar semula. Buka peta kengkononnya, nak cari tempat best tapi peta beli yang ada kat tangan tu tak berapa membantu. Peta yang ambil kat hotel pun sama. Dekat airport intai-intai hari tu tak ada pula.... Setelah usaha nak cari 'shopping mall' yang 'betul' tak berjaya, kami bercadang untuk petang di tepi sungai... Tercangak juga nak cari teksi. Jadi kami menghala semula ke arah hotel, jauhnya nak patah balik! Nasib baik jumpa teksi kat satu tempat ni, tapi susah betul nak berkomunikasi dengan diorang. Lepas tu baru betul bernasib baik, sebab ada orang dari hotel dekat situ yang tolong cakapkan. Beriya tolong, lepas tu tunjuk hotel dia dan kedai makan halal dia.... Hehehe gitu....
Kami tiba di tepi sungai dah nak gelap (pukul enam). Rupa-rupanya tak ada apa sangat yang hendak dihayati kat tepi sungai tu. Tak tahu larr mungkin juga, kami sampai di tempat yang salah... Dengar cerita dari orang kat hotel ada tiket main air (??? ok aku konpius). Duduk-duduk sajalah kat situ, sambil ambil gambar (1 membelakangkan 1 bot restauran, 1 lagi gambar berlatarbelakangkan bangunan tiggi). Nak balik pulak 1 hal lain.. Makcik-makcik dan kazen aku ni berkeras nak pergi shopping mall juga... Yang tahunya Parkson, tapi alamatnya tak ada. Tahan teksi, dah diorang tak faham pula! Maka, talian hayat aku enchek J tu pun di'roger'.... Seb baik!!! Lepas tu baru dapat naik teksi, tunjuk alamat. Teksi kat sini ada yang pakai meter, ada yang tak... Masa tanya harga, giles kena tekan... Tapi sebab masa nak datang kena 140,000VD je, bila sebut harga lebih tu minta maaf larrr gudbye! *tips : kalau jumpa teksi Vinasun, ambillah teksi ni. Pilihan kedua, Mailinh... Yang lenlain, baik tahu dulu agak-agak berapa harga perjalanan tu.
Puas hati dapat juga masuk shopping mall, kami berjalan kaki pulang ke hotel sebab rupa-rupanya mall tu satu jalan je dengan hotel kami iaitu di Le Thanh Ton Street, District 1. Dalam perjalanan tu, sempat lagi singgah kedai ala-ala 'The Store' <-- ikut suka hati je kan?! dan night market depan Pasar Ben Thant dan membeli belah lagi.... Tak rasa macam dah lebam ke???? Muahahaha....
Untuk makan malam, kami masak sendiri..... Errrr... malam ni A yang masak, sementara kami singgah ke night market... Tahu-tahu bila balik bilik, mandi siap-siap, makanan pun dah siap..... :D
Jom layan gambar pula :)
Jom layan gambar pula :)
meriah sungguh kedai helmet ni |
Pasar Ben Thant |
Kedai pertama yang aku shopping. Terjebak sebab C larr nih.... Hahahaha chobaan salahkan orang lain! |
Stall kain, tak cukup kat kedai, kita dibawanya ke stor! |
On da way to Saigon Square, opsssss! |
Keadaan dalam Saigon Square lebih selesa, tapi tak seronok sebab harga tak boleh nak tawar |
Depan kedai makan halal |
Cubaan mengesan lokasi shopping mall mahupun lokasi menarik yang lain |
Satu lagi kedai makan dikesan... Lokasi di Lion City hotel / Xuan Nguyen hotel yang terletak di Jalan Le Ann Xuan, Dist 1 |
Bandar HCM yang hidup di waku malam |
Ok larr tak studi ni bangunan apa... tengah-tengah nak ambil gambar, tiba-tiba terperasan yang kat bangunan ni tak boleh ambil gambar!! Ehehehe.. |
C, beli buah kat kawasan night market depan pasar |
errrr.... tapi bukan larrr semua ni :p |
Hahaha.... Baju dah siap!!!! Penghantaran terus ke resepsi hotel |