FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, August 31, 2011

saYa ANaK MaLaYsia

Hari ini genap kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 dan tahun ini pula sambutan Hari Kemerdekaan lebih istimewa kerana bagi umat Islam di Malaysia, ianya diraikan dengan kemenangan yang berganda. Hari Kemerdekaan Malaysia disambut berserta dengan Hari Raya Aidilfitri. Merdeka-Raya namanya :)

Saya Anak Malaysia (lagu dari Dr. Sam)

1953
Bulan 5 aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
NEGERI SEMBILAN
Selepas itu aku dibesarkan
Di NEGERI KELANTAN
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Puteh

Saya Anak Malaysia

Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi MALAYSIA dekat di hati

Saya Anak Malaysia

Sampai masa aku pun balik
Tapi makweku nampak pelik
Dia kata nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa

Saya Anak Malaysia

Lemah lembut sopan santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu Aku hormat orang tuaku

Saya Anak Malaysia


YeaYYYYY!!!

Monday, August 29, 2011

HoYeaH eSoK RaYa, HeHeHe

Ala.... semua orang dah hantar kad raya... dah berguni-guni kad raya posmen hantar kat aku (ececece berangan, walhal rekod paling sikit kot tahun ni dapat 2 je kad raya yang bersetem), berkotak-kotak kad raya maya, belum lagi kira kad-kad raya yang mengkayakan orang kuning (digi), merah, biru bagai..... Hehehe, hurmmmmm sik kisah larr kitak kerana yang kad ucapan raya diutus tanda ingatan.... Kali ni, KJ pula nak ambil kesempatan mengutuskan diri sendiri :)

Tadaaaaa.... ini kad raya saya untuk semua teman-teman yang sudi menjengah blog KaKi JaLaN ini...... Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kiranya ada kata-kata dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan di dalam blog ini. SeLaMaT HaRi RaYa buaT SeMUa dan MaaF ZaHiR BaTiN :)


* sik kisah larr kitak - tak kisahlah

Friday, August 26, 2011

BuNToNG : KaMPuNG KaCaNG PuTiH

Malam semalam, dapat panggilan dari Bonda... Aiyaya 'last minute' pesan suruh beli maruku. Dalam hati dah gundah gulana, "Mana gaya nak pi beli nih??? Kuda merah, dua-dua pun sakit masuk hospital!! Mana tahu tiba-tiba pagi tadi sahabat L datang meninggalkan tali kekang kuda hitamnya . Weeeee.... alahhhhh kawan aku! Tima kasih....

Dah setahun duduk Ipoh, tak pernah pun tahu kat mana tempat yang orang sebut-sebut Kampung Kacang Putih tu. Sebenarnya tak ada niat pun nak cari sampailah masuk tv baru-baru ni. Rupa-rupanya tempat yang terkenal itu terletak di Buntong... (kat mana eh Buntong tu?? Hehe, nasib baik K.I tolong lukiskan peta yang senang!). Ce ngaku ce ngaku, agak-agaknya siapa yang tahu Buntong ni letaknya kat mana?? Ce ngaku ce ngaku, agak-agak siapa yang tahu pasal Kampung Kacang Putih nih??? Haaaa tau dah, ramai gak tak tau :p

Penempatan asal kebanyakan penduduk perkampungan ini sebenarnya adalah menetap di kaki Gunung Cheroh, Ipoh, Perak. Di mana lokasi asal perkampungan tersebut kini berhampiran dengan Kuil Sri Subramaniar, iaitu tempat perayaan Thaipusam kat Bandar Ipoh ni. Di sinilah tempat moyang mereka menetap setelah berhijrah ke Malaya pada awal abad ke-19. Penduduk di sini terdiri dari petani, pekerja dan peniaga termasuk yang menjual kacang putih.

Namun dalam satu kejadian malang pada awal tahun 70-an, bongkah batu kapur yang besar dari Gunung Cheroh telah menghempap kampung tersebut. Selepas dari kejadian itu, penempatan tersebut telah dipindahkan ke kawasan sekarang. Di penempatan baru ini, penduduk yang terselamat meneruskan perniagaan kacang putih dengan penghasilan produk kacang putih seperti kacang santong, vadei, pakoda, kacang hijau dan maruku yang telah diwarisi secara turun-temurun.

Oleh kerana hampir semua keluarga yang memulakan hidup baru di penempatan baru tersebut terlibat dalam industri kacang putih, mereka kemudiannya bersepakat menamakan perkampungan baru tersebut sebagai Kampung Kacang Putih dan ia terus kekal hingga sekarang.

Fiu.... tetiba entri kali ni cerita pasal sejarah pula ya! Jom layan, kacang putih dan maruku :)













* Kalau datang nak memborong, sila kawal diri erk.... fiuhhhhhhhh :p

Alamat kedai yang KJ pergi
P.K.H Enterprise

(wholesaler & retailer all kinds of maruku and kacang goreng)
No 14, Laluan Sungai Pari 4,
Kampung Kacang Puteh, Buntong.

** Sebenarnya ada banyak kedai kacang putih dan maruku dalam kampung ni, masuk sahaja mana-mana kedai :)










Wednesday, August 24, 2011

SaD mODe CePaTLaH BeRLaLu

Hurmmm.... Dugaan. Dugaan. Lagi hebat bila dah dekat nak raya nih... Sad mode cepatlah berlalu, aku nak raya ni...

[Nak tido ler... sok pagi nak menumpang orang g opis, hurm sob.sob.]



Thursday, August 18, 2011

EmPaT PeNJaHaT BuaT oNaR : SuRPRisE BiRTHDaY PaRTY

EHeHe... Selamat haRi LaHiR AbZ a.k.a ChT a.k.a S*M (huuu mak aaiii, ni soosah bila kawan dengan kawan yang leh masuk dalam berbagai kategori nih! Errrr tak lar susah tapi sebab guna 'nick' lain-lain kat setiap group, jadi kawe pung kongpius larr jugak kengkadang! Hahaha.... - penjelasan kenal masa belajar nama ChT, kat opis nama S*M, lepas tu kalau dengan kengkawan tembak menembak nih dah guna nama lain pulak! Kalau salah nama, orang lain tak kenai laksss... haih lalalalalaa asalkan bahagia).

Dipendekkan cerita, AbZ adalah menyuarakan dalam bahasa 'Jerman'nya <-sila translate guna cik gugel
Iftar Ereignis in meinem Haus (Potluck) Bitte stellen Sie den Tag ...
ermmm ikut suka hati larrrr tapi yang kawe tahu, nak iftar dengan kengkawan menembak dan sah-sah dengan dua darinya penjahat bulan posa yang suka pos gambar-gambar makanan kat fesbuk selama AbZ di Jepun (sekarang dah balik, dah tak syok dah nak pos gambar makanan). Sembang punya sembang akhirnya merapu je lebih dan AbZ pun meng'cancel'kan rancangan.

Tetiba, keesokkan harinya Penjahat no 3 telah menghubungi Penjahat 1 dan Penjahat 2 , "Bila korang nak potluck nih?" <--- apa larr ayat tak ganas langsung! Penjahat 1 jawab, "Tak sure lar, tanya Penjahat 2" <--- haih ni pung tak ganas... Penjahat 2 terus jawab, "Petang ni kami datang, terus wat surprise burpday party! YuK! Hahahahahaha" <--- ehehehe ganas tak???? Terus Penjahat 2 contact Penjahat 4 untuk join sekali.....

Akhirnya... taraaaaaaa..... di kala senja membuka tirainya, terpacaklah kami di depan rumah AbZ dan terlihatlah AbZ yang ternganga mulutnya dari dapur (sebab tengah nolong Penjahat 3 wat apa ntah kat dapur <- haip curi makan dikata food testing ya?!). So and so, takmo karang dah larrrr.... dipendekkan cerita Happy Birthday AbZ a.k.a ChT a.k.a S*M... Semoga dikurnia kesihatan yang baik, umur panjang dan murah rezeki.... Pesanan tambahan "FRIDGE MAGNET AKU MANA????????"

Ekspress rakyat decorate masa AbZ solat

main rambu ramba huahuahua

Penjahat 4 suka kasi terkejut itu cikebumbum, haip jahat sungguh!

uhhhh (tarik nafassssss dalam-dalam dulu).... yahhhhh tiup fuuuuuu

haaaa tiup... tiuppp...

tompang kengkonon sambut burpday gaksss :D

'Mangsa' bergambar dengan Penjahat 3, si Cilik 1 (0T0MeN) dan si Cilik 2 (cikebumbum)

kek burpday - bape eh lilin nyerrrr???

Antara hidangan yang memenuhkan ruang meja

Da EmPaT PeNJaHaT (Tanpa mengikut susunan)






Wednesday, August 17, 2011

PiLiHaN BeRBuKa : Dubliners Cafe, iPoH

Pada satu petang, semasa masih di pejabat... tut tut... tut tut....

"Mas, ibu dah on day way balik dah"
"Ha???? Kata balik lepas berbuka???"
*gelak. gelak. gelak....
Me : Hurmmmmmmm

Ala, bonda.... nape tetiber tukar fikiran pulak! Kepala tak sempat nak set, mau masak apa sebab kena tinggal last minute... Dah larr tekak stahun ni mengada-ngada takmo makanan bazar Ramadhan (baru sekali je pergi kot masa dok kat Ipoh sepanjang bulan puasa kali nih).... Bazar Ramadhan mahai, pastu tak sedap! Masak sendiri lagi baguihkan, leh simpan untuk sahur sekali...

Lagi empat puluh minit mau balik nih.... "Errrrr....".  Makanya, terus aku membuat angkara dengan teman sepejabat.

Ok, untuk sesiapa yang berada di Ipoh dan nak mencari tempat berbuka, Aku baru sahaja diperkenalkan dengan Dubliners Cafe yang terletak di Greentown Mall (sebelah Maxis). Masa aku nengok dalam fesbuk cafe nih memang meleleh-leleh air liur aku menengokkan  gambar makanan yang diorang letak (hahaha hadeiiii almaklumlarrr puasa). *makanan kat sini memang sedap, maka bolehlah pi cuba.... huuuuuuu

Info :
Dubliners Cafe - buffet Ramadhan
Harga : RM22 untuk dewasa, RM12 untuk kanak-kanak
Masa : 7 pm - 11 pm
Hidangan : 10 jenis hidangan dan dessert (macam lebih je :D)
Bintang : ***`
Reservation : 016-6283470








*** Ada lagi hidangan yang teman tak masukkan sebab teman tak muat perut nak rasa semua hidangan :D

Monday, August 8, 2011

KuiH-KuiH MaRVeLLoUs : PiLiHaN NaK BeRBuKa

Haluuuuuu....... Assalamualaikum, salam Satu Malaysia <- Mood merdeka....

Ampun...... kawe (aku/ den/ saya) tahu kalau sesape yang baca blog kawe nih mesti hangin dengan kawe sementelah meletak gambar-gambar makanan pepagi hari bulan puasa ni kan?! Ehehehee.... Walaupun ni sebenarnya entri ulangan, kawe suka sangat nengok gambar-gambar kuih dalam entri ni..... *Fuhhhh nak berangan menu kuih petang ni. Jom, jom join sekali *beranga~

Entri hari ini, kawe nak kongsi kuih-kuih nak kawe jumpa kat Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Banyak betul kuih-kuih kat kedai ni, ternganga jugalah menengoknya. Datang laks ramai-ramai, jadi kawan ni beli sikit, kawan tu beli sikit, last-last dah jadi berjensis-jenis. Bermacam-macam kuih yang kawe cuba dan kawe nak cakap kuih-kuih kat gerai ni memang best! Semua yang kawe makan, semua sedap-sedap. Semua secukup rasa dan tak ada manis leting, just nice! Heeeee....

Kat gerai ni, tak cukup dengan kuih-kuih, ada mee goreng, tauhu sumbat, rojak buah, agar-agar, ermmmm apa lagi ye dalam bungkus-bungkus yang banyak-banyak kat gerai ni entah, macam-macam lar. Rasanya kalau tuan empunya kedai nak buka meja kat depan gerai dia ni, dah memang leh jadi bistro... Yezza.... Harga kuih-kuih kat sini memang murah (owh i miss harga kuih-kuih kat sini, dah lar murah, sedap lakssss... memang berbaloi!), seringgit empat ketul pun leh dapat lagi!

Kawe sajikan kuih-kuih yang ada kat gerai ni, buat penawar di kala lapar.... Hahahaha

psst : entri ulangan April 2010 :D