FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, July 27, 2011

PD TRiaTHLoN 2011 : Nak LaRi DaN HaVe FuN

Hujung minggu baru nie, saya membuat kerja 'gila'. Bukan suka tapi terpaksa, kerja punya pasal... Huahuahua.... Hari Sabtu ada kerja di Lumut sampai tengah hari, adehhhh pastu terus shoot bawa kereta sampai Port Dickson (dekat 5 jam bawa kereta!). Cerita tak best, sampai sana telefon bimbit kong.... nasib baik terserempak dengan R, dan jumpa geng-geng lain (geng lari)....

Cerita seterusnya, layan kat gambar je larrr :)

Tarikh : 23-24 Julai 2011

yeayyyyyy.... tetiba terserempak dengan R!

dek handphone dah kong, dan tahun ni tempat makan ikut kaler kupon, maka den pun terpaksa lar makan sensorang.... kata nyer kengkawan den layan carbo loading kat tempat lain.... hopefully masa briefing nanti leh aaa jumpa.... den tak ado tompek nginap lagi nih.... tak sompek nak mintak alamat kek Z! Haduiiiii

dah makan berat, makan pemanis mulut pula

ni makan lagi sebab nak menunggu pukul 8!

jom pergi dengar taklimat, errrrr nak singgah membeli-belah ke dulu eh?? time ni aa best beli barang sebab barang baru ada spesel diskaun! huuuuu *terjebak~

briefing oleh Mr. Chan... muka kengkawan tak nampak la pulak!

9016 my team lucky number :)

fuh fuhhhh..... nak menang jam timex!!!!!!!

ni den dengan den punya tukang kayuh basikal, adik Fitri umur 13 tahun, tapi kayuh bukan main laju, cayalah!!! sempat bergambar sementara nak tunggu Din habiskan renangan

Din dah sampai, tugasan pun bertukar! Go Fitri Go!

Bergambar dengan Erin :)

sementara menunggu teammate masing-masing, ber'posing' itu harus!

Din, supportive sementara menunggu Fitri sampai... Berdebar macam apa je time ni

yeayyyyy dah boleh lari!!!!!

dengan gembiranya menuju ke garisan penamat

hoyeahhhhh stylo tak????

setelah membolot tiga medal emas dan berangan macam semua itu den yang punya, tuan-tuan medal datang menuntut.... Hehehehe......

Team 9016 - Swimmer Din, Rider Fitri n Runner Mas

Pelari-pelari untuk team relay, owhhh posing lagi! *dengan tamak memegang tiga medal :)




* Race completed in 3hrs 25mins 53secs :D.... thank you to Din n Fitri for making this happened!






Sunday, July 17, 2011

mooD HaRi iNi


HurMMMmmm.... malasnya....

Friday, July 15, 2011

"E", seTaHuN SuDaH BeRLaLu

Tiada perasaan mahupun perkataan yang wajar ku luahkan. Aku di bandar E, seorangan mengisi waktu 5 hari seminggu mencari sesuap nasi tanpa berbelah bagi. Acapkali juga E menuntut hujung minggu ku, nah kuserahkan walaupun telah ku rancangkan kehidupan ku. Aku masih merasa sulit di sini. Kehidupan tanpa teman dan kehidupan tanpa perkara-perkara yang biasa ku lakukan dahulu.

Setahun sudah berlalu dan aku masih mencari "I Love E".

komposisi sengalssss

Wednesday, July 13, 2011

PeSTa FLoRa PuTRaJaYa 2011

Hai larrr tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat pemastautin ku, tempat mencari rezeki (suatu ketika dahulu, huuuuu).


Meriah lagi Putrajaya dengan pestanya apabila Pesta Flora Putrajaya 2011 berlangsung di Presint 2 pada 9 sehingga 17 Julai 2011. Sempatlah sekejap menyinggah di pagi Ahad baru ini, dengan teman-teman.... Tahun ni dah tahun ke 4 kah yang KJ dah pergi ni ya??? hurmmmm....

Gambar yang sempat di'snapping-snapping' pun tak banyak, dikongsikan sebahagiannya....



anyaman ros pada daun pandan


roses are forever, tema Pesta Floria 2011


*esok genap setahun penghijrahan, hurmmm..

Tuesday, July 12, 2011

ReView TeaTeR MaK DaRa NYoNYa

Yeayyy, walaupun menghadapi beberapa dugaan, dapat juga menonton teater Mak Dara Nyonya pada persembahan petang Ahad yang lalu :). Saya sangat SUKA!!!!

Teater Mak Dara Nyonya, gabungan dua buah cerita yang berlainan sama sekali namun punya mesej dan pengajarannya yang tersendiri... Ceritanya saling berselang antara sebak dek monolog Mak Dara iaitu Ibu Halimah yang menceritakan kisah hidupnya dan ketawa pecah perut dek Nyonya dan 'ekor'nya, serta keponakkan-keponakkan membuatkan Teater Mak Dara Nyonya paling berbaloi untuk ditonton. Dengan skrip yang mantap, pelakon-pelakon yang hebat (Fafau, keras sikit kot tapi tetap sporting dan kelasssss gitu!!!!), set pentas yang tidak berlebihan, tak perlu rasanya juga direview secara berlebih-lebihan. Ada sehari lagi pementasan di Matic, Jalan Ampang. Ayuh, dipersilakan pergi menonton... Pasti tidak akan menyesal!!!!

Teater Mak Dara Nyonya, persembahan paling best tahun ini!!! Tahniah buat seluruh produksi CTRA Production.... Tabik springgggggggg untuk kalian semua :D

Teater Mak Dara Nyonya ,
Terbitan : CTRA Production
Penaja utama : Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.
Penulis skrip Mak Dara : Puan Siti Rohayah Attan
Pengarah : Puan Rosminah Tahir
Penulis skrip Nonya : Allahyarham Wisram Hadi

Juhara Ayob memegang watak Mak Dara

Penghayatan sehingga mengundang sebak di hati

Sherry Syed Abdullah sebagai Nyonya, waduhhhh

Zaifri Husin memegang watak Tuan (saudagar barang antik)

Kalau Nyonya tidak percaya, tanya isteri saya!! Nah ini dia Farah Fauzana dalam penampilan sulungnya di pentas teater sebagai Isteri. Macam-macam gaya Fafau.... rugi tak tengok Fafau menari, merangkak bagai (Fafau, lembut sikit nari nya...)

si suami dan si isteri

Sarimah Ibrahim (keponakan B) dan Misha Omar (keponakan C), lakonannya santai hingga pentas persembahan bagai tempat permainan mereka sendiri.. [sangat suka~!]

harussssss... ekornya!!!!

Norzizi Zulkiafli (keponakan A), sangat suka!!! - RECALCULATE!

Keponakan-keponakan yang sentiasa mengundang ketawa

Habis sudah dijual ~ Tujuh ratus RiBBooOOoooo

pelbagai aksi dan gaya dari Sarimah

Aiii cantik-cantik kebayanya :)

Fafau dengan aksi manja ~meoww

Ributttttttttt....... hahahahaha

* Sarimah, suka hati!!! hadehhhhh nak pecah perut!!

Barisan pelakon dan pengarah persembahan Puan Rosminah Tahir (kanan sekali)

Yesz!!!! Next project plisssssssss

* maklumat lanjut Teater Mak Dara, klik sini.