FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, May 26, 2011

TuGaSaN BaRu : KeMBaLi Ke SeKoLaH

KJ dapat menerima tugasan tambahan dan tugasan ini akan berterusan untuk beberapa bulan akan datang ini. Suka dengan tugasan ini sebab KJ memang selalu membayangkan KJ jadi cikgu sekolah. Yang lebih-lebih suka pula sebab KJ selalu teringat-ingat zaman kegemilangan KJ masa budak-budak dulu... Gemilang... Glamer.... Gemilang... Glamerrr.... Cikgu!.... Terima kasih cikgu!

KJ kongsikan beberapa gambar yang KJ ambil di sebuah sekolah di Kota Tampan, Lenggong pada hari Sabtu yang lalu.













* Ehemmmm sepanjang berulang keluar masuk sekolah ni, budak-budak panggil KJ cikgu tau! Hihi.
* Esok pagi akan ke sekolah lagi...... "Selamat pagi Cikgu!" " Ya, selamat pagi"

Tuesday, May 24, 2011

...

Sebenarnya penat... Penat ber'travel' dan penat diduga-duga..

Perasaan juga bercampur-campur dan in da middle of nowhere, 'dem' bang bumm... Makin penat dan makin mengenal kawan... Aku mahu rehat...


* mencari senyum yang hilang...

MaJLis ReSePsi N & K : 23.04.2011

Takmo tulis apa-apa lar.... Huuuu.... Nak kongsi sikit gambar je masa majlis resepsi N&K.

the sweetness n freshness

pelamin for family potraits only - simple elegant

meja pengantin

for the king and the queen of the day

momentos

momentos

*erk??? hahaha

Sunday, May 22, 2011

LaRiaN HaRi KePuTeRaaN SuLTaN AzLaN SHaH 2011

Wowweeeeeee..... Setelah sekian lama tak berlari dalam event (erk? training pun sebenarnya dah lama ditinggalkan! huaaaaa), akhirnya kesempatan itu muncul juga...

Pagi ini sebelum Subuh dah gerak ke Kuala Kangsar. Teman nak berlari di Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 2011, huuuuu.... Gile teruje, tapi nerbes tak tahu nak cakap macam mana! Bayangkan last event yang teman (loghat Perak ler yer hari nie!) masuk tu masa Penang Bridge Marathon masa tu bulan November! Ater tak keje gile namanya? Training pun memang haram sebab sibuk ya amat dan tak ada orang nak paksa pun! Maha bosan training sorang-sorang kat padang dan pusing sampai sepuluh pusingan....

Hari ni teman berjaya menghabiskan larian 14km dengan masa 2 jam 20 minit (kot?! Gagal sungguh timing teman kali nie.... Yang penting sampai sudah). Trek boleh tahan tersangatlah mencabar kerana asyik mendaki je. Flat road muncul kejap-kejap dan pendek je, tapi bila part mendaki amboi macam tak ingat.... Kalau kat Bukit Chandan tu dah memang sah-sah dah mendaki, nak keluar pun rupanya mendaki juga ikut kawasan perumahan pulak.... Huuuu nasib kaki tak buat hal :) Apapun, i enjoyed da run... SUKA! ~WiNK~WiNK~

Jom ikut teman lari (ehhhh????)

Sekitar jam 6.45 pagi

Dengan kengkawan dari Shah Alam (yeayyyy)

Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah tiba pada jam 7.00 pagi

Persembahan kompang di stesen yang pertama.. Di beberapa stesen lain, ada persembahan gendang Cina, India.... Suka dan membangkitkan semangat!!! Tak pernah jumpa event yang macam ni :)

Melalui jambatan (mendaki, fuhhh)

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Istana

'Istana Adabi'

Larian dah selesai.... nerbes lain pulak!

Ishkkk lagi nerbes

Sangat nerbes! Ampun Tuanku..... Huuuu

:)

Yeayyyyyy..... tuaian hari ini.... medal 'labu sayong' 14km finisher....
Suke teman! Hihihi

Wednesday, May 18, 2011

iKLaN JaP : aKTiViTi eSoK YaNG DiNaNTi (eHeM NuRKasiH da Movie)

Semalam kena balik Ipoh, rasa tak bersemangat langsung! Apatah lagi semalam kena balik awal sebab kena datang opis... Eeeeee sensitif tau, diorang ni tak faham ke Den ni adoiiiiiii jangan dipaksa-paksa suruh balik ke sini....

Apapun tadi mood happy sebab adrenalin tetibe wowweeeee teruje menonton Fast n Furious 5 (Fast5) kat wayang.... Memang best!!!! Esok, nak tengok cerita Nur Kasih da movie pula... Eeeee tak sabarnya!!! Siap beli tiket untuk 2 show berturut tu... Agak-agak melampau tak????? Hahahaha.

Katanya kalau beli 2 tiket show berturut kena bawa tisu lebih... ni dah ready bawa tisu 'jamban' nih nak jiwang-jiwang sob sob dalam wayang sok.... Jom tengok Nur Kasih :)

Tuesday, May 17, 2011

FaMiLi WeDDiNG MaRaTHoN 1 : NaDia N KaMaL 22 APRiL 2011

"Alamak, kata hari Sabtu? Jumaat kerja larrr N. KY sampai lepas kenduri je boleh??" Saja KJ menyakat N. N adik sepupu KJ yang sebaya dengan adik KJ.... Berkejaran KJ lepas kerja menuju ke Kuala Lumpur untuk majlis akad nikah N dan K. Sepanjang perjalanan, punya banyak panggilan tak sabar suruh KJ sampai.... Antara yang tak sabar-sabar adik KJ sendiri sebab katanya "KY, ko mesti tak percaya. Pelamin diorang buat untuk akad nanti cantik giler!" "Weh, katner??? Bila nak sampai???" Huuuuuu......

Memang super duper marbeles..... N dan K punya majlis akad nikah was so beautiful. Tangan tak tahan nak snapping snapping gambar. Walaupun masa mula-mula tersangatlah segannya, lagi pula nak pergi dekat-dekat nak ambil gambar akad, bila dah mula........ ngeeee macam tak sedar diri pula :)

Tahniah buat Nadia dan Kamal. Selamat Pengantin Baru :)












Catatan :
Sok KJ nak kongsi gambar yang KJ snapping-snapping masa resepsi :)

FaMiLi WeDDiNG MaRaTHoN : uNKeL MiN reCePTioN 3 APRiL 2011

Dah masuk April!! Semua siap sedia!! Wedding marathon dalam famili akan bermula.... Bunga-bunganya bermula dari wedding reception UnKeL Min, anak pada oPaH E.... First time nak cuba ambil gambar masa kenduri-kenduri kahwin ni, malu laks lagi pula kita ni tetamu :)

Tahniah buat uNKeL MiN dan isteri.
design pelamin yang ringkas but so sweet :)

uNKeL N dengan OPaH E, sporting betul OPaH E :)

Pengantin uNKeL M and AuNTie ermmmm (alamak! kantoi! ampun sebab tak sempat nak nengok kad pun)

cewahhhhh memang kamera alert larr korang nih :p

Ngeeee..... mummy get readi, kenduri kita no 3, eh no 2!?!

Catatan :
Pas ni layan entri kenduri kahwin je lar ye. Huuuuu