FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, January 31, 2011

BaLi : BeRaNGaN PoSiNG PRe-WeDDiNG BeRaTaN LaKe, BeDuGuL

Beratan Lake terletak di Bedugul, Bali. Berat sungguh nama tempat ni namun sesuai dengan darjah keindahan tempat ini. Tempatnya sungguh cantik sehingga di mana-mana setiap pelusok kawasan sekitar tasik boleh bergambar dan boleh keluar pula angan-angan untuk 'shooting' pre-wedding! Tetiba rasa nak kahwin hahaha... melampau jugakkan bila berangan.

Di kawasan sekitar tasik ada taman di mana pengunjung boleh membuat aktiviti outdoor bersama keluarga (KJ dah terasa macam seronoknya kalau dapat duduk menulis di sini <- berangan lagi!), ada kemudahan untuk mengelilingi tasik dengan sampan dan bot, boleh memancing dan nak bergambar dengan gembiranya. Yang tak berapa nak gembira, masa agak suntuk dan hujan turun pada petang itu... (adeh simpan lagi kamera). Di kawasan tasik ini juga terdapat kuil dan hanya pengunjung yang bersembahyang sahaja yang dibenarkan masuk. Dikongsikan beberapa gambar di Tasik Beratan, Bedugul, Bali...



** Opss! Gambar yang last sekali tu berangan... hahaha!! Hem

Next entri : Lokasi paling wajib untuk semua orang yang ke BaLi, kat mana tu???

Sunday, January 30, 2011

BaLi : SeJuK BaNGaT Di GiTGiT WaTeRFaLL

Huhuuuu....
"Siapa yang belum mandi lagi tapi dah berjalan sakan???
"Kami!"
Macam mana nak mandi kalau malam sebelumnya balik hotel jam sudah menjengah 12 tengah malam dan keluar semula pada jam3 pagi?? Ke laut pun tak mandi juga!

Boleh fikir tak betapa wanginya kami semua... hahahaha[gelak je]... "Mas Yanto, cepat! Nak mandi air terjun!"

hai nak kena trekking pula... 250m ni kira dah tinggal separuh perjalanan

air terjun yang kecil

ambil kesempatan - bola air yang mengujakan

menoleh ke belakang

ada orang tak habis lagi mabuk laut.... alo ciannyer

memang pantang diorang nampak kamera, perjalanan naik ke atas lagi

Dah nampak cam kembar lar pulak... kamera pun sama

berangan jadi puteri gunung ni

haaa.... sampai dah... inilah Air Terjun Gitgit
(gambar main air???? hihihi.... bukan untuk tayangan umum tapi percaya aku tempat ini memang best)

Entri selanjutnya : yuk kita ke tasik pula... laut-sungai-tasik

Saturday, January 29, 2011

BaLi : TeRiNGiN NaK TeNGok DoLPHiN Di PaNTai LoviNa

Yuhuuuu... tak sabar nak pergi tengok dolphin di Pantai Lovina. Jauhnya dari Kuta menyebabkan kami harus bergerak seawal jam 3.00 pagi! Sesampai di sana, pagi lepas ribut. Tengok ombak yang bergulung-gulung, macam yang tu lar juga kepala aku ni... tapi bukan sebab pening nak mabuk ombak ke mabuk laut ke, pening sebab tidur yang tak cukup. Memang tak ada maknanya kalau nak tidur kat Kuta mahupun dalam kenderaan yang kami naiki. Setiap saat terasa begitu berharga untuk disia-siakan... Kami dinasihatkan untuk menunggu sehingga jam 8 pagi sekurang-kurangnya untuk ombak reda (reda??? macam tak pun!!! gila maut!).

Disebabkan ombak yang kuat, maka tak dapat nak ambil gambar di tengah-tengah laut kerana tiada masa yang tenang. Dalam perjalanan balik setelah satu jam lebih di tengah laut, baru dapat kesempatan nak keluarkan kamera (sayang punya pasal, tak sanggup nak mengambil risiko!). Memang kelihatan beberapa kali dolpin melompat, namun disebabkan ombak yang tinggi tak nampaklah tinggi tak tinggi dolphin tu melompat. Gambar memang tak ada... Rugi. Rugi....

Info : Bayaran yang dikenakan adalah 100,000 rupiah

ombak

betul ke nak naik bot ni??

kat pantai yang pasirnya hitam

bot yang kami naiki

dok depan sekali, jangan main-main dilambung ombak

nerbes

sayup melihat pantai

tak sabarnya nak cecah darat

kuil

kuil

aksi yang bukan luar biasa (erk?!)

Amin Ungu + Okid Ungu + Ayin Ungu = Canon Ungu

Next : Nak mandi air terjun tak?? Hari ini aktiviti kita wet wet wet, dah alang-alang

BaLi : MeLiHaT PaDi BukiT Di TeGaLaLaNG

Tegalalang terletak 5 km dari utara Ubud, merupakan salah satu ikon pelancongan wajib jika ke Ubud, Bali. Padi di tanam dalam petak-petak sawah di teres bukit. Hai kagum, bagaimana pesawah-pesawah di sini mengairkan sawah mereka.

Catatan : Esok mahu melihat dolphin!

BaLi : KiNTaMaNi MeLiHaT GuNuNG BeRaPi

Gunung Batur dan Danau Batur terletak di Kintamani. Menghidangkan pemandangan yang terbaik di antara jam 10 pagi hingga 3 petang, adalah antara lokasi wajib yang perlu dilawati apabila berada di Bali. Gunung Berapi Batur telah memuntahkan laharnya sebanyak 24 kali semenjak 1800 dan dikatakan masih aktif sampai sekarang (fuiyo, macam mana kalau menyaksikan gunung berapi yang sedang memuntahkan laharnya ya???). Kali terakhir gunung berapi Batur ini meletup pada tahun 1999.

Danau Batur pula merupakan tasik yang terbesar di Bali. Keluasannya mencapai 18km persegi. Pemandangan memang menarik.

Layan...


Lepas ni jom Tegalalang, lokasi penanaman padi yang paling terkenal di Bali.

Thursday, January 27, 2011

BaLi : TaMPaKSiRiNG, UBuD

(adakah aku dibenarkan untuk meminta ampun lagi??)

Mahu mengarang mencatat perjalanan di Tampaksiring, Ubud. Adeh kepala terasa berat.

Sedikit info...
Tampaksiring berasal dari dua patah perkataan bali iaitu tampak dan siring. Tampak membawa maksud telapak dan siring bermaksud miring (senget). Konon, menurut sebuah legenda yang terekam pada daun lontar Usana Bali, nama itu berasal dari bekas tapak kaki seorang raja yang bernama Mayadenawa. Raja ini pandai dan sakti, namun dia mempunyai sifat angkara murka. Dia menganggap dirinya dewa serta menyuruh rakyatnya menyembahnya. Akibat dari tabiat Mayadenawa itu, Batara Indra menjadi marah dan mengirimkan bala tenteranya. Mayadenawa lari masuk hutan. Agar para pengejarnya kehilangan jejak, ia berjalan dengan memiringkan telapak kakinya. Dengan begitu ia berharap para pengejarnya tidak mengenali jejak telapak kakinya.

Di Tampaksiring, kami ke Pura Tirta Empul Temple yang khabarnya telah dibina pada 926AD. Terdapat ukiran-ukiran di dada bukit batu dan kolam-kolam yang disebut dapat memberi kesihatan yang baik dan kekayaan. Mana satu kolam yang dimaksudkan, tidaklah dapat kami pastikan kerana tidak semua kawasan di kawasan ini yang dapat kami masuk.

Selesai di Tampaksiring, kami ke Tegalalang untuk melihat padi yang ditanam secara bertingkat-tingkat di lereng bukit. Apakan daya, bukan rezeki kami untuk berposing berbelakangkan sawah padi yang menghijau.
deretan kedai sebelum sampai ke kawasan kuil

ni belum lagi masuk kawasan ni!

ambil mood... muka penuh harapan

dewa.... di bawahnya air sungai yang digunakan untuk pengairan sawah

Da nak masuk kawasan kuil


merenjiskan air suci bagi yang percaya

Wahhh.... kotak sawah dan kelapa bali.... tapi??? padinya???
air sungai yang digunakan untuk mengairkan sawah

ngee... ni bukan tempat nak mandi-mandi ya

posing dengan koboi sesat

di satu kawasan

ops... saper yang kan main sopan berkain tu??? Lupa pula nak cerita... kat Bali ni, bila masuk kawasan kuil kena berpakaian sopan... siapa yang pakai seluar atas paras lutut, mesti kena pakai kain.... yang kain lilit pinggang tu semua orang pun kena pakai... kain lilit pinggang tu kononnya simbol untuk mengikat nafsu di dalam kawasan kuil

tiada padi, pokok kelapa pun jadilah!

they believe the scared water

kurang pasti tembikar-tembikar ini untuk apa

barang jualan di kedai-kedai yang terletak di dalam kawasan kuil

Lagi jualan kerajinan Bali

Geng Ungu dengan post istimewa di tepi sawah yang terletak di kawasan kuil

next entri : nak tengok gunung berapi??