Walla.... awal bulan dapat surat cinta dari Bhg Pentadbiran... Cik Seri YaNG UtaMa MaS INTaN BeRLiaN (ooii mak aiii perasan!), menyatakan bahawa cik telah mendapat tawaran untuk naik gred dan seterusnya perlu meninggalkan kawasan jajahan cik dalam masa 2 minggu. Ahhh 2 minggu??? Halau ke apa ke?? Hahaha. Damm crazy.... Masa dapat surat cinta tu, KJ pun tak tahu perasaan KJ. Syukur alhamdulillah, rezeki KJ dapat naik tapi lokasi baru yang ditetapkan sangatlah asing bagi KJ dan seingat KJ memang KJ tak ada kawan kat tempat yang bakal KJ duduk nih.... Termenung KJ tengok lokasi baru KJ.... Kawan-kawan pun mula mengalami kejutan kerana KJ tiba-tiba kena pindah.... Oleh yang demikian, bersusun-susunlah aktiviti di bulan Julai yang tiba-tiba menjadi suram ini. Hurmmmm.... tatkala KJ nak berhijrah, makin ramai pula kawan baru KJ kat sini...
DeMaM BoLa DeNGaN JaNGGeL Di DaTaRaN MeRDeKa

BuKiT CeRaKaH, SuNgai Tua, EMPaNGaN BaTu DaN CaRi MaKaN di HoKaiDo DaLam 1 HaRi

PaYa iNDaH WeTLaNDs

FLoRia PuTRaJaYa
Dalam tak sempat sebab lusa dah nak pindah, kena paksa juga ikut ke Floria Putrajaya. Alasan sebab lepas ni tak tahu bila lagi nak outing dan rumah dengan tapak pesta hanya sekangkang kera (erk?!)... Ambil gambar sakan dan dapat lagi kawan-kawan baru... Camne nih, lagi nak pergi lagi ramai kawan baru yang KJ dapat! Kawan baru Floria - Shuk, Hafiz dan yang lain tak berapa nak ingat! Hahaha'KaRoK' DaN MaKaN-MaKaN Di TeMPaT BiaSa
PeRPiSaHaN Di PeJaBaT
Diam tak diam, rupanya dah 7 tahun KJ menjadi orang dagang di Putrajaya nih... Dari zaman kena naik bas yang macam sardin, sampai sekarang sudah boleh jalan kaki ke pejabat... Pejabat pun siap pindah-pindah lagi... I'm gonna miss this place so much! GaTHeRiNG KeLaB KoMuNiTi
Alangkah perasannya KJ sebab tetiba kelab maya tempat KJ duduk nak buat gathering... Kata kawan KJ, "Jom aaaaa". KJ jawab, "Ermmm boleh aaaa". Mana eh gambar tak jumpa pulak! Tapi banyak juga kawan baru yang KJ kenal masa gathering nih.
HiJRaH ke TeMPaT BaRu
PoRT DiCKsoN INTeRNaTioNaL TRiaTHLoN
Race kali nie, KJ terpaksa downgred... Kali ni cuma mampu ambil turn untuk berlari sahaja sebab tak sempat nak ber'treneng-treneng' untuk swimming... Prestasi pun kurang membanggakan diri sendiri. Hurmmm...Catatan : Ogos bulan puasa dan bulan merdeka.... Pindah rumah???
2 comments:
bila den nak dapek jemputan makan nasik minyok dari ekau . semoga ekau copek-copek mendirikan masjid. amin.....
xplorer, dari mano datang idea ekaw ni tetibe tanya nasik minyak den ni haa???? Apapun, den nak aminkan jugak larr doa ekaw nih.. Amin. Amin. Amin...
[haiii, manolarr jejaka idamang hati den nih haaa... Copek aa ekaw muncul... kalao dah muncul tapi tak bersuara, bersuara lar copek... ponat dah den nunggu nih... hahaha]
Post a Comment