FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, September 24, 2010

HaRi 8 : DaY To CheCK OuT

Hari ini aku kena pulang rumah. Sedihnya! Barang semua dah simpan dalam kereta kecuali telivisyen (eh? camno ejaan nih?) kerana aku perlu pergi menutup akaun TNB dan Syabas dahulu sebelum kembali ke Putrajaya. Dek kerana hujan lebat, aku terlepas janji dengan orang dari Bhg. Perumahan. Ah kasihan dia... Maju sahaja aku terus ke JPM, membuat urusan pulang rumah. Dengan penuh berat hati aku melepaskan rumah tersebut. Urusan selesai jam 3.00 petang.

Singgah di pejabat lama, berjumpa dengan sahabat JT. Sahabat pertama dan terakhir yang aku jumpa ketika berada di Lembah Klang dalam tempoh beberapa hari ini. Mengambil tempahan kuih raya dan terus sahaja aku meninggalkan dirinya. Sudah tidak tertahan air mata dari berhadapan dengan dirinya. Sahabat yang sentiasa bersama dengan aku menemani aku sungguhpun dia perlu menghadapi kesukaran. Sahabat aku berjimba-jimba dan mengadu domba.

Memandang jam, ada masa lagi untuk menguruskan hal-hal di bank. Selesai apabila jam menghampiri 4.00 petang. Perlu aku meninggalkan kawasan ini dengan segera sebelum aku menempa kesesakan lalu lintas yang luar biasa di bulan puasa ini.

Di dalam perjalanan menuju ke SA, teman setia DR membuat panggil. Ahhhh... mengapa lewat benar??? Dalam beberapa tahun ini, tidak pernah aku terlepas dari berbuka puasa dengannya. Sudah aku khabarkan dari seminggu yang lalu. Sudah aku khabarkan mengenai beransur ku dari tempat ini berkali-kali. Tuntutan yang hampir mustahil untuk lakukan, kerana aku kini sudah tidak berumah dan mustahil untuk menunggunya. Iyalah, tidak ada rezeki kita untuk berbuka puasa bersama-sama tahun ini. Bukan rezeki juga untuk berjumpa di dalam beberapa bulan ini. Iyalah aku juga faham betapa jauh di mata jauh di hati. Selamat Hari Lahir buatnya... Semoga dikurnia kesihatan yang baik, umur yang panjang dan rezeki yang berpanjangan. Mengalir lagi air mataku buat kesekian kalinya pada hari ini. Melampaukah jika aku rindu untuk bertemu dengannya?

Ketika di bazar ramadhan SA, Cik Tipah pula menghantar pesanan ringkas. Katanya berbuka dengan BO di SA. Aduh! Mengalir lagi air mata kerana aku memang teringin benar mahu berjumpa Cik Tipah, tambahan lagi baby Alya dibawanya bersama. Cik Tipah sudah membuat panggil sejak dua minggu lepas untuk berbuka sama, namun masa-masa dan tempat yang dicadangnya kurang sesuai dengan acara ku. Beberapa hari sebelum puasa hari itu, aku juga gagal turut serta dalam acara Gunung Nuang gara-gara panggilan maut dari pejabat. Sahabat-sahabat ku, aku mohon maaf kerana perlu segera beredar membawa diri keluar dari Lembah Klang ini.

Aku secara rasminya tidak lagi berumah di Lembah Klang. Aku perlu meninggalkan tempat ini dan cuba untuk menerima tempat baru ku itu. Kotak kosong ketika di tempat baru perlu aku padamkan perlahan-lahan. Tidak lagi aku membolehkan diri membandingkan semua di tempat baru dengan tempat yang kutinggalkan ini. RC kata "Redhalah".

I’M CheCKiNG ouT babeh... No longer as warga Lembah Klang.

HaRi 8 : DaY To CheCK OuT (RuMaH II)

[gambar kedua terakhir : tempat untuk berjiwa
(membaca dan mencari ilham sambil mengadap tasik)]

HaRi 8 : DaY To CheCK OuT (RuMaH)

Nostalgia... Ini memang tempat tinggal aku yang paling best sepanjang 9 tahun aku bermastautin di Kuala Lumpur... Putrajaya pun aku kira sebagai Kuala Lumpur jugak eh?! Hehehe... Dua tahun aku menetap di sini dan semua kemudahan ada di sini sehinggakan aku hampir jarang menjejakkan kaki di pusat bandaraya....


Yang aku suka pasal tempat ini:

  1. Rumah dekat dengan pejabat. Adakala aku berjalan kaki ke pejabat kerana dari tekan butang lif yang duduk 3 meter dari pintu rumah sampai clock-in kat opis ambil masa sepuluh minit sahaja. Tengah hari balik rumah makan atau jemur kain atau buat apa nak buat.
  2. Dekat dengan surau (orang azan, ngaji, ceramah boleh dengar)
  3. Masjid dalam lingkungan 3 km dan aku memang suka sangat masjid ni.
  4. Kat kawasan rumah ada trek lari yang best. Nak buat pusingan besar 4 km boleh, nak tambah suka hati lagi pun boleh atau nak diskaun lagi kecil pun boleh.
  5. Kolam renang dalam lingkungan 4 km sahaja nak pergi. Tak sempat petang, malam pun boleh layan. Hari untuk wanita je pun ada.
  6. Shopping mall dekat dalam lingkungan 5 km - ada carrefoure, parkson, coldstorage, ada tempat makan (foodcourt, makanan segera), wayang, karaoke, boling, pos, farmasi
  7. Pasar malam dalam lingkungan 2km, 2 kali seminggu (dah tau mana yang best-best)
  8. Pasar basah dalam lingkungan 5 km, dan lepas waktu pejabat pun boleh pergi lagi dan banyak barang. Tak yah nak gaduh-gaduh.
  9. Macam-macam bank ada - senang urusan.
  10. Klinik banyak dan dekat
  11. Tempat makan banyak aaaaa - keliling!!!
  12. Rumah luas dan yang penting "Home Sweet Home"
  13. Jiran-jiran best! Ada komuniti dan gathering
  14. Kalau ada event kat dalam Putrajaya, memang tak payah nak bersusah payah nak travel.
  15. City of lights
  16. Bengkel kereta dan tempat cuci kereta, lingkungan 6 km kot (paling jauh pun)

Yang aku tak suka :

  1. Dah seronok duduk kat sini, tiba-tiba nak kena pergi pulak!!!! Adeh
Pemandangan dari beranda bilik..

Pemandangan dari beranda bilik gakss... Salah satu bangunan itu opis nyer

Ini sahaja barang yang ada dalam rumah selepas remover angkut barang

Bilik tidur utama

Dapur rumah dah siap dengan kabinet dapur (senang susun)

lokasi dobi dan menjemur

Almari paling besar yang aku ada telah menyebabkan pertambahan kain baju yang tidak dapat dibayangkan. Hahaha

Ruang tamu dan bilik utama (sebelah kiri gambar)

Ruang tamu dan bilik stor

[gambar kawasan sekeliling rumah... entri selanjutnya.]
[ahhh s.e.d.e.y]

Thursday, September 23, 2010

HaRi 7 : SeKiTaR JaLaN TaR, KuaLa LuMPuR

Jalan Tuanku Abdul Rahman atau juga yang dikenali dengan nama ringkasnya Jalan TAR, memang tak pernah sunyi pada bulan puasa. Jalan TAR akan hidup 24-7 iaitu 24 jam sehari selama seminggu. Lagi hampir kepada sambutan hari raya aidilfitri, lagi meriah tempat ini. Pada hari-hari terakhir yang paling seronok untuk membeli-belah disini kerana barang-barang mula dijual pada harga lelong. Fuiyoooo (macam mana nak buat iklan Celcom - HebatMaNTaPect......) . Aku sendiri setiap tahun akan ke sini beberapa kali dalam bulan puasa, bukan membeli-belah tapi untuk cuci mata je... Hahaha
Dikongsikan gambar-gambar di sekitar kawasan... Pada hari kejadian, cuaca agak kurang cun la pula. Kuala Lumpur gerimis petang.


Kuih raya, silalah tunjuk dan bayar!

Ramainya manusia melepaskan lelah di kaki lima kompleks Sogo. Kelihatan juga Professor Fizik menyampaikan ideologinya...

"Kami segan nak jalan atas zebra crossing"

Melenggang Oh Melenggang Si Tari Lenggang. Laju sikit eh jalan!

Lautan manusia

Si Penjual Belon
"Mak, adik dah penat larr.."

Owhhh... menduga iman melihat air sejuk ni... Akaka
"Life"

Nak sambung 'shopping' atau balik??

Merentas halangan manusia untuk sampai ke destinasi

Yeay berjaya juga keluar... Saya mahu bergerak pulang sekarang!!!

HaRi 7 : MeRDeKa!! [JaLuR GeMiLaNG]

Hahhaa... busuk punya orang! Siapa? Aku larrr! Hahahaha...
Janji beriya-iya mahu mengambil gambar di sambutan Kemerdekaan. Ber'gaduh-gaduh' aku, AyuM serta Abugen mengenai sambutan diadakan di Dataran Merdeka atau Bukit Jalil. Akhirnya jangan tak percaya, lambat pula aku bangun pada pagi itu. Sungguhpun kemalasan melanda, tetap aku meneruskan cita-cita (walaupun telah dipusing bolak balikkan cita-cita itu). Bersiap dan menuju ke bandaraya menaiki lrt. Mengancunglah senapang ku me'nembak' Jalur Gemilang yang dikibarkan sekitar bandaraya sebelum aku merayap ke Jalan TAR untuk meneruskan cita-cita semalam yang terbelengkalai.

Menjelang petang, Belum telefon dan memberitahu Ombak Lama akan berbuka puasa bersama. "Ermmm ok", jawab aku. Biar aku mengajak RC, jika mahu turut serta. Dalam hati, "Tapi semalam kata RC malas nak keluar?". Mari sini aku test tengok, sekuat mana RC bertahan. Tanpa perlu berbicara panjang, cukup dengan beberapa nama terus sahaja RC setuju. Maka berbuka jugalah aku dengan sahabat-sahabat dari Ombak Lama.... Yang ada sama Belum, RC, SO, NO dan sahabat XY (ok yang ni aku lupa namanya!). Hajat nak berbuka dengan CiK TiPaH jer yang tak kesampaian...



[gambar akhir tu diambil pada hari pertama senjata berada di tangan! Test! Test! Test!]

HaRi 6 : TeMuJaNJi DeNGaN RC

KJ : RC, jadi tak?
RC : Boleh. Dengan siapa lagi ikut??
KJ : Entah! Tengoklah kalau diorang lain nak ikut nanti. Hajat nak me'nembak' di Jalan TAR
RC: : Ye ke? Hahaha.. OK!

2.00 petang
RC : Dah bertolak belum?
KJ : Belum. Masih di Putrajaya. Ada urus-urus yang perlu diselesaikan di sini.

3.00 petangRC : Dah bertolak belum?
KJ : Belum. Ada satu lagi urus dan yang ini kejap sahaja.

4.00 petang
RC : Dah sampai mana?
KJ : Dah depan DBKL

4.15 petang
RC : Dah sampai mana?
KJ : Depan DBKL
RC : Aik?

4.30 petang
RC : Dah sampai mana?
KJ : Dah depan sikit DBKL

5.00 petang
KJ : Wehhhhh....

5.15 petang
RC : Dah masuk simpang belum?
KJ : Dah depan sikit dari DBKL. Simpang tu sikit lagi nak sampai
RC : Oklah, biar aku jalan pi kereta ko.
[penat dah cakap dengan telefon. Sahabat RC sebenarnya bekerja di kawasan berhampiran dan hanya perlu berjalan kaki tak sampai sepuluh minit pun ke kereta aku]
KJ : Haaa cantik! Datanglah segera. (terus aku beralih ke kerusi penumpang sebaik sahaja sahabat RC menghampiri kereta)
RC : Dah telefon Belum?
KJ : Haaa sudah. Nanti dia datang naik lrt.
RC : Lrt? Bukan dia dah sampai Klang ke?
KJ : Entah! Yang dengar dia sebut NKVE. Tak dengar pula disebut Klang. Bila suh naik lrt, dia kata ok jew. Hahaha
RC : [pelik]
KJ teman RC membeli-belah barang rumah baru dia. Haii bila membeli-belah, memang tak tengok masa betul si RC ni!! Wohoooo boleh tahan citarasanya!!! Barangan yang dipilih, KJ setujukan sahaja!

7.10 malam
:
Sahabat Belum sudah sampai di Kampung Baru

7.20 malam
:
Kak N telefon bertanya jadi atau tidak aku ke sana. Kak N sudah menyimpan meja untuk kami. Baiknya Kak N, beriya-iya dia menelefon aku.

8.15 malam
:
Aku dan RC sampai di kedai kegemaran sawadikap aku. Kak N terus senyum-senyum dan menunjukkan meja. Ewah, macam VIP pulak aku rasa. Sahabat Belum, sudah sesat kerana selepas meronda-ronda di dalam Kampung Baru, tersalah ambil jalan dan sudah sampai melarat-larat ke MRR2. Kasihan. Sahabat Belum mahu terus pulang jika salah jalan lagi. Untuk kembali ke Klang? Owhhh sudah tentu tidak! Aku dan RC silih menelefon untuk memastikan sahabat Belum kembali ke Kampung Baru. Takkan kami biarkan pemanduannya yang sudah sampai ke Klang berpatah balik di Kuala Lumpur semata-mata untuk berpusing-pusing dan terus balik ke Klang! Entah apa halnya sahabat Belum hari ini.... Biasanya sangat mahir selok belok di Kuala Lumpur ini. Tanyalah lorong tikus manapun, boleh ditunjuknya!


10.00 malam
:
Aku tiba di rumah buah hati pengarang jantung aku si BuDaK KeciK. Tiap-tiap hari menelefon ”Kak Yong, bila nak jumpa Adik? Adik miss Kak Yong!” Adeiiii... menangis-nangis di dalam telefon. Aku menemaninya tidur pada malam itu...
pulut mangga (kegemaran juga!)


daging goreng kunyit

siakap 3 rasa
tomyam apa ni erk??? biasa order tomyam yang berbeza setiap kali datang
(antara yang digemari - poktac)

Kak N punya port kat tempat makan nih...

[lokasi berbuka : Sukhumvit, Kampung Baru]
[kasihan sahabat Belum, rupanya sudah sampai ke Klang petang itu! Soweee dan tima kasih Mud. Awat hang tak cakap terang-terang?!!!]
somtam kegemaran

Wednesday, September 15, 2010

HaRi 5 : SuDaH DiTeNTUKaN NiaT MaHU Ke MasJiD SuLTaN MiZaN LaGi….

Sahur ku air milo. Cerek dan cawan aku terpaksa bawa menaiki bas petang semalam. Kelakar tak? Kalau ada orang periksa beg aku, barang yang ada cuma cerek, gelas, sudu garpu dan alat mekap sahaja (beg tangan aku cuma ada dompet, buku, pen dan telefon bimbit)!

Hari ini sepatutnya aku punya janji dengan sahabat-sahabat JOM. Konon mahu men'cangkul' di Bukit Jelutong. Namun atas sedikit kelemahan berkomunikasi, maka agenda tergendala dan akhirnya tertunda terus. Aku lalu membuat panggilan ke sahabat-sahabat Ombak Tour (nama dari Ombak Bihun Sup telah dinaiktarafkan! Ngeee), kejap ok kejap tak ok. Maka aku tak ok kan aje.. Biarlah. Lagipun memang tuhan dah tetapkan supaya aku meneruskan cita-cita aku untuk berbuka di masjid. Tarikh ni memang aku dah block awal-awal untuk kembali ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk berbuka dan berterawih di sana buat kali terakhir sebelum aku meninggalkan Putrajaya.

Seharian memang aku duduk di rumah yang kosong namun penuh kegembiraan buat ku. Petang baru melangkah keluar untuk mencari makanan untuk bersahur. Gatal kaki, melangkah ke jualan raya. Tatkala sampai di kereta, maka azan maghrib pun berkumandang. Berbukalah aku di dalam kereta dengan seketul samosa.

Di rumah, aku membuka tepek pisang dan air katira (teringin benar nak minum air katira ni selepas sahabat R beriya-iya bercerita mahu menyediakan air katira di dalam 'bukumuka'nya). Solat maghrib dan terus aku bergegas ke masjid. Alhamdulillah tercapat hajat ku dan pada malam ini juga aku membayar zakat (yang juga telah diniatkan untuk dibayar di sini).

Jam sepuluh, terus bergerak ke bandaraya SA untuk bertemu dengan sahabat-sahabat Ombak. Teman sepelarian mengajak aku lari bersama menemaninya. Aduh A, maaf... Tak ada pakaian yang sesuai... Di rumah cuma ada seluar jeans, seluar track dan sehelai seluar tidur. Mereka sibuk berlatih untuk triathlon di Desaru yang akan berlangsung pada hujung September ini. Sekali lagi maaf ya kawan-kawan, jauh sungguh mahu menyampai ke Desaru itu. Aku juga tidak punya kesempatan untuk membuat latihan dalam tempoh terdekat ini. Chaiyok! Chaiyok sahabat-sahabatku! Sementara menunggu mereka berlatih, aku mengajak sahabat Belum untuk menemani aku makan dahulu. Sahabat Belum juga tidak masuk Desaru (walaupun telah bersetuju pada awalnya) kerana termakan racun yang telah aku tawarkan padanya. Harap tiada apa urus pejabat yang akan menghalang aku pada tarikh tersebut.


tepek pisang, samosa dan air katira sudah memadai (ingat nak makan tepek ni masa sahur! hahaha)

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang terletak tidak jauh dari rumah (rasanya tak sampai 1km pun!)


Lagi gambar Masjid Tuanku Mizan yang pernah aku abadikan
MaSJiD TuaNKU MiZaN ZaiNaL ABiDiN : KeSeMPaTaN