FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, December 30, 2010

GoOD BYe 2010 : DiSeMBeR (MooD LePaS BeBaS!!!! Hahaha)

Dah akhir tahun... Hari nie belum 31 Disember lagi, tapi tak kisahlarr nak tulis entri gudbye hari nie jugak. Nak habaq mai, hari ini genap 5 bulan 15 hari chek ada kat pekan baru chek nie... Bulan ni bos chek da masuk kerja... Bahagia rasa hati sebab rasa lepas tanggungjawab yang besar kat pejabat ini.. Boleh lar nak tumpu kat kerja chek aja. Hahaha giler suka!

TaiPiNG (HoHO... I'm so in love with Taiping!)

Bulan ni dua kali chek pi Taiping. Sekali chek pi untuk mesorat, sekali lagi sebab kengkawan chek nak sangat pi sana... Best oooo, nanti chek kongsi tempat yang chek pi dan gambaq-gambaq yang chek ambil kat sana... Sabaq naaaa....

Best layan jiwa kat tempat ni... "Pakcik. Pakcik. Pakcik!"

Taiping, nyaman!

Jom, kita pi makan mee udang kat Kuala Sepetang! Yummy!

JoM BeRCiNTa DeNGan BuLaN

Malam hati tersenyum melihat bulan ;)

TeaTeR KaNak-KaNaK SiTi Di ALaM FaNTasi

SDAF memang sangat best okay!!!

ADiK KJ PuLaK BeRTuNaNG

Lepas sepupu KJ bertunang, kali nie adik KJ pula yang bertunang... Cam nervous pula ya cam KJ yang dah bertunang sebelum nie... Seronok mak KJ bakal dapat menantu... KJ cuma mampu Ngeeee

Catatan 2010 : Ermmm rupanya banyak entri blog yang KJ nak tulis tertinggal dan bakal menjadi ceritera purbakala... Aternyer nak buat cammana, dah tak cukup-cukup masa KJ nak kejar... Eh, lupa laks nak masuk entri pi tengok Malaysia menang piala Suzuki malam tadi... Halal jer larrr erk! Selamat tahun baru untuk semua, semoga tahun depan lebih baik dan barakah...


[ppst.psst... : kita nak jumpa bila pula lepas ni??? Tahun depan lar erk!!! Hehehehe... Selamat bercuti... Sesape yang nak pandu jauh, berhati-hati ya di jalan raya... :D]

TaHNiaH sKuaD HaRiMaU MaLaYa!!!

Ishkkk macam mana boleh sesat pi Stadium Indera Mulia malam tadi pun chek tak tau (hahaha berlakon je tu!). Petang semalam, chek pi Perak Food Fest yang depa buat kat stadium ni. Hajat hati nak pi tengok lar apa yang di'fest'kan, kot best boleh masuk kat KaKi JaLaN nih. Lepas tu, hajat yang kedua mestilah nak tapau makanan untuk dimakan masa tengok perlawanan bola Skuad Harimau Malaya dengan Garuda kat rumah nanti... Aishhhh, tengok Malaysia maen best, terus roger 'kolik' chek "Weh Intan, jom pi stadium. Depa maintain best, memang komperem kita menang nih! Jom!" Maka, beradalah chek kat stadium menonton bersama penyokong-penyokong Malaysia yang lain.... Tak sampai 5 minit chek sampai, "YEAYYYYY GOALLLLLLLLLL!!!!!!"

Tahniah! Tahniah!!!! Huuuuu Best!!!!! Esok cuti umum rai kemenangan pulak! Huuuuuu dua kali Best!!!!!! Hahahahaha.... [mari kita buat perancangan nak wat pe esok!]

Lokasi kejadian, malam tadi (erk? apa yang jadi?)

tumpuan. tumpuan.

Ada sedikit kekeliruan, pertandingan karaoke ke, tengok bola???

Sambil menggoreng sambil tengok bola kat layar besar. Apa yang dicebikkan pun tak tau... Rileks ler...

Ni sah berdebar-debar nih... Ke tengah jampi nih??? hahaaha (memain je erk!)

Yeayyyyyyyy!!!!! "Malaysia?" "Boleh!!!" "Malaysia?" "Boleh!!!"

MB pun ada rupanya!

Ye. Ye... Sila kongsikan kegembiraan anda!

Wow, bukan setakat baju kuning tapi siap print Malaysia lagi!!! Hebat!!! Bersama mu Malaysia!

Ops!? Malaysia - Chelsea???? <-tengok topi. Konpius!

Adeiiiii, ni anak siapa pulak ni??? Sah parent sibuk layan bola ni sampai tak perasan anak dah lepas ke mana...


:: NeGaRa Ku :: INiLaH BaRisaN KiTa :: OLe. OLe. OLe :: STaNDiNG iN THe EYeS oF THe WoRLD :: MaLaYsia SaTU :: We aRe THe CHaMPioN ::

SkuaD HaRimaU MaLaYa, TaHNiaH! TaHNiaH! TaHNiaH!!!! [alamak, takde butang 'like' pula kat sini! hehehe]

Wednesday, December 29, 2010

MaLaYsia SaTu - FaiZaL TaHiR

Buat skuad bola sepak Malaysia "Harimau Malaya", semoga berjaya malam ini... Ngidam nih nak tengok piala tu dalam tangan kita!!!!

MaLaYsia SaTu - FaiZaL TaHiR

Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
Melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janjiku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang
Demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

TeaTeR KaNaK-KaNaK SiTi Di aLaM FaNTaSi (SDAF)

Yippie… Cukup kekanak-kanakkan tak KJ ni? Menonton Teater Siti Di Alam Fantasi (SDAF) sebagai penutup tirai persembahan teater bagi tahun 2010 memang cukup menyeronokkan. SDAF memang seronok dan menyeronokkan! Rugi tau kalau tak tengok persembahan ini!

KJ sangat teruja nak tonton SDAF pada pertama kali KJ jumpa satu buku dalam perpustakaan lama dulu. KJ tak pernah fikir SDAF akan dipentaskan semula dan sebaik sahaja laman sesawang Istana Budaya memaparkan persembahan SDAF, macam nak melompat-lompat KJ. Hihi...(budak-budak lar katakan!!)

Dibintangi oleh Liyana Jasmay sebagai Siti, Fizo Omar sebagai Putera dan Ketua Lipas, Ebby Yus sebagai Mamat dan Johan Raja Lawak sebagai Pokok memang menghiburkan. Watak-watak lain seperti Ulat Bulu, Burung Bayan, Labah-labah, Putera Katak, Permaisuri-Permaisuri Katak dan semua watak-watak lain juga sangat menghiburkan. Dengan satu ayat yang kejam (rasanyalah!), Vanida Imran, Umie Aida mahupun Ziela Jalil yang tidak membuat persembahan pada malam KJ menonton, mereka mungkin tidak diperlukan sama sekali (macam kena tipu je!).

Sebagai satu teater kanak-kanak, SDAF selain dari menghiburkan banyak menerapkan nilai-nilai murni dan nasihat. Mana pula sangka tiba-tiba Ketua Lipas boleh menjerit, "Pencemaran!" "Jangan main api!" "Manusia jahat – buang anak dalam sungai, buang asid kimia dalam sungai".. Sedar ke tidak kita nih?

Ringkasnya...

Pelakon utama – memang mantap! Suka dengan Liyana Jasmay yang memang sesuai dengan watak Siti yang merasakan dirinya sebagai gadis paling cantik tetapi di dalam masa yang sama bersifat sombong. Memang Liyana comel dalam pementasan ini. Ebby Yus dan Johan Raja Lawak juga tersangatlah sempoi! Ponat eh den golak! Den nunggu jugak kot ado Ebby Yus tercakap nogori, tapi takdo pulak! Cayalah! Johan, memang tak laghi dengan bahaso Peghak nyo! Den tak kisah... Memang lawak larr Ebby dengan Johan.

Watak sokongan – paling suka yang bawa watak Sesumpah (agaknya sakit-sakit leher dan pinggang tak dia bawak watak Sesumpah nih?) Memang sebiji dua biji tiga biji lar cam sesumpah! Mantap! Den suka juga dengan Ulat Bulu 1 dan Kelip-kelip yang tersangkut kat pokok.

Kostum – memang cantik dan bervariasi. He’eh ada yang guna semula juga ya! Tapi tak kisahlah tu... Dalam persembahan ini memang banyak watak dan berwarna-warna. Antara kostum yang KJ suka ialah kanak-kanak perempuan yang datang ke parti harijadi Siti (comel macam Doll), kostum Siti, Mamat, Sesumpah,

Lagu paling best – Yang memula Ulat Bulu nyanyi larrr... Lagu Inul, dasyat punya gatal! Hahaha... Lagu dari disko Rock Lipan pun KJ suka juga!

Babak best – setiap kali Sesumpah keluar, jantung macam dup dap dup dap. Berdebar-debar je... Sebabnya watak Sesumpah itu dimainkan dengan sifatnya yang sebenar, muzik yang suspen, dan percaya cakap KJ yang dewan akan jadi senyap dan fokus. Lagi satu masa babak Kelip-Kelip yang tersangkut dekat pokok, suaranya menyayat hati! Sedih dan kasihan kepada situasi Kelip-Kelip.. Lagi satu babak yang libatkan Ulat Bulu, gila-gila punya kelakar dan watak Ulat Bulu juga dimainkan dengan sangat baik! Pendek kata, cukup gatalnya!

Babak paling comel – babak Siti sedang menggembara yang hanya berlatarbelakangkan layar putih... Liyana, kamu sangat hebat dan comel! Ermmm... lagi satu babak yang Lebah-lebah Baik dan Lebah Jahat (err seswai ke - naughty cam baik lagi bunyi nyer!) berbicara... budak-budak nihhhh... :D *wiNK*

Babak paling tak sangka? – babak Siti dicampak dalam laut! Betul-betul macam real! Siti melayang dari atas dan berenang-berenang dalam laut! Yang tak tahan, ada dua ikan duyung yang tak jemu-jemu berenang menghias babak. Camne tu??? Haaa kenalah tengok sendiri!

Set paling cantik – Ah tanya yang paling cantik ke?? Kalau tak salah ada 11 set kot? Semuanya cantik-cantik. Tahniah kepada pereka set.
Set 1 : rumah siti
Set 2 : pokok dalam LOTR
Set 3 : disko Rock Lipas (eh Lipan ke yang tulis kat dinding disko tu??)
Set 4 : kosong [layar putih]
Set 5 : pokok/ taman tempat burung bayan
Set 6 : macam karang? Paya bakau? (kelip-kelip)
Set 7 : cendawan
Set 8 : sarang labah-labah
Set 9 : teratai tempat katak
Set 10 : laut (ikan duyung)
Set 11 : Istana Putera

Kareografer yang paling best – ermm.... KJ suka kareografer masa babak Doll (kawan-kawan Siti menari, Lipas-lipas dan sekali lagi masa babak Ulat Bulu...

Yang perlu dihighlight – sinaran laser sebagai hujan dan cahaya malam yang menerobos bumbung hutan, wahhhh cantik sangat! Pada KJ sangatlah brilliant! Sinar laser juga diguna dalam set disko Rock Lipan, wahhhh sekali lagi. KJ rasa macam dalam disko jugak (hehe pernah ke masuk??? Ngeee tak pernah tapi perasaan perasan je!)

Yang tak best – 1) mana pelakon-pelakon popular yang dicanang untuk berlakon dalam SDAF ini lagi???; 2) suara pelakon adakala tenggelam! Adeiiii KJ rasa tertipu larr sungguhpun KJ tak harap pun diorang akan berlakon dalam pementasan ni.

Akhir sekali ”Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

Awek yang perasan tu den aaaa... Wehh hang pa semua pi aa tengok persembahan ni... Dari mula sampai habis memang best! Duduk kat situ, bila depa bukak tirai... baru hang pa tau adrenalin hang pa jadi lagu mana! [eh pesal cakap utagha lakss?!! hahaha]

pendukung utama, Liyana memang 'chumel' untuk watak Siti dan performance best!

Johan Raja Lawak sebagai Pokok dan Ebby Yus sebagai Mamat... Kelakar sampai tak kering gusi den ni gelak!

Burung bayan, salute cara dia jerit... Den cuba buat dalam hati pun tak dapek nak tiru! (ada hati juga tu!)

Katak-katak

Kumpulan ikan duyung... Tapi yang best den tulis kat atas tu, tak ada dalam gambar ni... Sila saksikan sendiri!

Ini kawan-kawan Siti yang Den kata comel-comel tu.. Macam Doll kan?!

Catatan : Persembahan SDAF masih lagi berlangsung di Istana Budaya sehingga 31 Disember 2010. Nak tau sinopsis cerita ni, leh lar juga tengok dalam sesawang Istana Budaya

GoOD BYe 2010 : NoVeMBeR mooD PeNaNG owH PeNaNG.

Tak banyak aktiviti dalam bulan November, tapi dalam tak banyak tu semuanya besar-besar belaka... Minggu pertama orang lain boleh bergumbira di hujung minggu, KJ pula kecut-kecut kat rumah sebab nak kena pi 'mesorat' kat rumah orang Besar pada malam hujung minggu. Nak kena buat review larr pulak weiii (almaklumlar tak pernah buat menda-menda yang KJ kena bawa dalam mesorat tu), kecut-kecut... Minggu-minggu berikutnya....

CuTi-CuTi maLaYsia Di PeNaNG BeRsaMa GeNG UNGu

Wahhh best! Best! Apa yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan.. Antara jadi tak jadi sebab KJ tak boleh ambil cuti, tapi dek disebabkan geng semua sporting diorang setuju untuk balik pada hari Ahad malam dan diorang akan sambung di pekan KJ ni aje... Banyak tempat-tempat best yang KJ dan kengkawan pergi, bila ada kesempatan nanti KJ akan tulis kat sini.

PeNaNG BRiDGe INTeRNaTioNaL MaRaTHoN 2010 (PBIM)

Akhirnya hari yang dinanti-nanti tiba jua... Banyak halangan dan ada kemarahan yang akhirnya menjadi pembakar semangat di dalam larian ini. KJ memang teringin nak masuk Penang Bridge International Marathon ni, dua tahun lepas lagi masa KJ jenjalan kat Penang. Tapi masa tu, tak ada lar pula terfikir akan menjadi kenyataan... KJ kan suka je berangan! Hahaha... Anyway, masa di PBIM nie KJ buat half marathon iaitu lari 21km.... Sampai-sampai atas jambatan sampailah tamat larian, hujan turun bukan main lebat siap dengan kilat-kilat lagi... Dah ada atas jambatan, nak patah balik pun jauh, nak mara ke depan pun jauh.... ahhh lari je larrr dalam keadaan kuyup pun... Sejukkkkkkkkkkkkkkk.... Event ni dapat lagi ramai kawan baru, hoho... Terima kasih buat kawan-kawan yang sokong dan yang ada dengan KJ (JT, HD, Luvis, Ruby, MSU geng, Rafie), this is all to you ;)

LaRiaN OzON 2010

Event yang paling menyesakkan dada KJ tapi keputusannya amat menggembirakan... Lega yang teramat setelah selesai menganjurkan event ni... I am so new, yet dengan tiba-tiba 'anak' yang sebegini besar - dup dup dup, teeeetttttt.... Kadangkala jantung berdegup laju, kadangkala jantung langsung tak berdegup. Terima kasih KJ kepada semua yang terlibat di dalam penganjuran larian ini.

Catatan : Disember, masa untuk LalalalaLa.... (amboiiii adakah ia berbunyi gembira? Hahaha)

Tuesday, December 28, 2010

GooD BYe 2010 : oKToBeR (SuPeR DuPeR BusY DaN DeSPeRaDo)

Oktober, bulan yang tersangatlah padat. Hari kerja ke, hujung minggu ke, tak berhenti-henti aktiviti. Awal bulan, bos KJ mula cuti untuk menunaikan haji. KJ yang baru nak merangkak-rangkak kerja di negeri ini tetiba diberi tanggungjawab besar untuk menanggung tugas enchek Bos. Aduiii tergolek golek KJ nak tengok banyak benda-benda yang tak pernah KJ buat. Dapat pula Enchek Bos Besar, tak ada soalan lain melainkan "Mas, are you aware off this, are your aware of that?" Enchek Bos Besar merujuk kepada pekerjaan-pekerjaan yang dibuat oleh teman-teman pejabat yang bukan bawah seliaan KJ sebelum ini. Tak habis-habis dengan soalan tu, sampai kekadang KJ naik fobia nak jumpa dengan Enchek Bos Besar. Hujung minggu memang KJ akan lari balik kampung dan ke pekan Kolumpo tu. Sampai satu minggu tu, KJ fikir KJ tak boleh nak travel jauh dan KJ kena juga cari kawan kat sini untuk release. Kebetulan KJ jumpa satu program ni yang akan dibuat di Taiping, maka KJ pun redah je pi sana sensorang. Tujuan - cari kawan kat sini.


KeNDuRi aDiK YuS (KaWaN daRi TaDiKa)

Hahaha... ni bukan Yus, tapi geng KJ dari zaman budak-budak lagi larr... Ramai lagi dan kamipun macam famili, mak ayah adik beradik semua kenal belaka.

HaLuaN SeSaT 2


Tujuan asal memasing nak masuk satu program ni, tapi... dek disebabkan kena bayar (gila kami kedekut! hahaha), jadi kitaorang pun buat outing sendiri. Tema - street candid. Janggel, where are you??? Hahaha... tukang amek gambo ye?! ;p


TeaTeR MuziKaL TuN MaHaTHiR


Melayan teater seorang diri, gara-gara tiket yang dibeli sebelum ini dah dijual kepada kengkawan lain sebab urus kerja yang tak mengizinkan cuti diambil. Tak sempat langsung nak buat review pasal teater ni sebab wa macam nak nangis kat opis, keje melambak-lambak.

WeDDiNG YuS (L)

Tahniah buat Yus dan isteri...

LiGHT TRaiL Di BuKiT TiNGGi

Aktiviti yang tak dirancang tapi KJ dan JT setujukan sahaja memandangkan kami berdua memang belum pernah sampai ke Bukit Tinggi ini. Entri tak de atas alasan yang sama - Ya AMPUN!!!!

TaRikH KeRaMAT 10.10.10

Tahniah buat N dan K. Masa ni geng Canon Ungu jadi jurugambar tak bertauliah dalam majlis. Hahaha...

USRaH FoToRaDiKaL / JOM U.F.O

Nervous je baca tajuk program usrah ye?! Buat pula kat satu sekolah agama kat Tepen (Taiping) tu.. Belasah aje larr... Tapi usrah ni memang best giler. Ramai otai-otai ada - bro Blacks, abg Azizan, Khabir, Ijam, bro MJ dan ramai lagi. Masa outing ni, selain banyak yang KJ belajar pasal teknik-teknik ambil gambar, KJ dapat tiga orang kawan baru dan dua orang kawan tu memang orang pekan baru KJ ni. Huahuahua... Hepi!

MeLaYaN TeaTeR Di LoKasi BaRu

Susahnya nak tengok persembahan di pekan ni. Cuma nasib KJ memang baik, sebab kenalan baru KJ canang dalam muka buku. Terus KJ tanya, tapi rupanya yang boleh masuk ni by invitation sahaja. Almaklumlah agaknya ruang pun terhad. Nasib baik kenalan KJ ni, ada xtra seat! Hepi!

BeRBeNGKeL, DaN KJ sELaM aiR LaGi


Dari kamar hotel, memang KJ tak berhenti-henti tanya "Itu bumbung apa?". Jawapan paling menyampah, "Entah!" "Kita boleh pergi tak tempat tu??" "Entah!" "Eee nak tanyalah esok!". Sementara KJ uruskan urusan Bengkel, peng'ekor' KJ yang ambil cuti studi kononnya telah menjalankan siasatan dengan pihak hotel... Habis je urusan, apa lagi..... KJ dan sahabat KJ pun dibawa ke sana oleh pihak hotel (memang tak boleh pergi sendiri sebab tempatnya agak jauh). Bila ada kelapangan, KJ akan tulis juga pasal set pengambaran filem Anna and The King ini di KaKi JaLaN. Sabar ye!

J.O.M. BaTu CaVeS


Muahaha... tak sangka pula kali ni ada rezeki KJ datang JOM lagi sekali. Kebetulan pada hari yang sama KJ kena naik Genting untuk race pada hari berikutnya... Geng Canon Ungu memang semua dah ada kat Kolumpo pun... (nama je Canon Ungu, tapi bukan semua pakai Canon pun! Nasib larr bila pengasasnya pemakai-pemakai Canon dan kebetulannya yang seekor tu pula guna nick Ungu! Hahaa sape tu???)

GeNTiNG TRaiLBLaZeR 2010

Genting Trailblazer? Apa tu??? Ni race yang seumpamanya yang KJ pertama kali masuk. Berlari atas jalan tar membawa ke berlari dalam hutan, turun naik bukit (ada juga yang cam 'hareem'), masuk pulak dalam paya air tanah (keluar dah bilas, balik hotel mandi pun still badan bau tanah!), panjat pagar, merangkak atas slut, fuhhhhh tiring but i tell you guyz memang best gilessss!!! Lagi pulak teammate KJ, Jaja memang sporting berabis and we had fun!!


Catatan : November, nak merasa jugak! Kena buat jugak!