FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, September 30, 2009

RuNsiNG

[Sebenarnya aku mahu berlari petang ini. Tapi fikiran terlalu runsing. Baik saja meneruskan kerja di pejabat sungguhpun tubuh meminta rehat. Tidak sudi untuk rehat dan duduk menung. Sedikit perbualan di alam maya malam tadi sungguh mengganggu. Terbawa-bawa hingga mengganggu lena berkali-kali. Aduh berat sungguh kepala aku. Mujur aku mampu menerus kerja, kerana aku juga mahu begitu. Beberapa urusan perlu aku selesaikan segera. Ermm... Mungkin berlari malam ini? Bagaimana mahu membuang benci?]

Monday, September 28, 2009

Hai LoMaNG 2009

Entah sejak bile pulak, lemang nie asyik disobut lomang. Den ni oghang Perak. Oghang Perak panggil lemang tu lemang, bukan lomang. Kalo orang nogori, iyolar lomang... Ado ko lomang makan dengan masak lomak kat Perak? Jawab Den, takdo... Oghang Perak makan lomang dengan rendang Tok! Eh, salah! Oghang Perak makan lemang dengan rendang Tok. Hehehe... Pagi-pagi nie jangan pening, nie nak ambil mood setelah seminggu tak berblogging.

Tarikh membakar lemang tahun nie jatuh pada 19 September 2009 setelah disahkan kita semua akan beraya pada tarikh 20 September 2009 (yakni tarikh keramat Den jugak, yang mano Den ghaso paling tak best! Huwaaaa). Tak ramai yang balik raya pertama kat umah Opah tahun nie. Ada Acik, ada Pakcik, ada Anik, ada Uda dan ada Tok. Nak bakar tak nak bakar, kena bakar jugak lemang sebab tiap-tiap tahun masa arwah Opah ada memang tak pernah tak bakar lemang. Kalau diorang taknak bakar, Den akan paksa jugak (kali nie siap permintaan tambahan bakar lemang jagung lagi! Thanks Acik!).

Berbalik pada cerita lemang, tahun nie Ustazah depan hantar hero dua orang untuk tolong (memang jadi kebiasaan lemang akan dihantar kat jiran-jiran). Amboi semangat betul diorang buat kerja, lepas tu amek gambar. Kata mereka, "First time tengok orang bakar lemang". 'Kerahan' bermula dengan ops perah santan, disusul dengan isi pulut dalam buluh dan angkat ke tempat membakar. Masa membakar, diorang dah minta izin balik sebab katanya dah sakit pinggang!?! Lepas tu, mata pedih kena asap! Adoi, macam mana budak-budak bando nih??

Cuaca petang tu memang tak menyebelahi.. Hujan mencurah-curah waktu petang (walau langit tengah hari macam best) dan tika masa nak berbuka air dah mula naik. Tak senang hati langsung berbuka dan tahun nie ari last puasa tak dapat berbuka dengan lemang! Makan dengan kadar tak senang, dan bersedia cari perkakas dan buat tempat bakar baru. Siap jer, tempat bakar lemang terus digenang air. Kelam kabut betul! Nasib baik juga dah tinggal nak bara saja!

Satu lagi cerita pasal lemang 2009, baru nak cuba sebatang nak tengok dah elok masak..... tiba-tiba tak ada letrik..... Ape ceghite nih??? Malam raya tak ada letrik sampai jam 2.30 pagi! Memang naya dan tragis.... Main agak-agak jer lar lemang tu dah cukup masak ke tak. Memang naya!!
Hai Lomang....

Hero-hero yang bersemangat sebelum mengadu sakit pinggang

Sebahagian lemang yang dibakar

Alamak air dah naik!

Tempat bakar baru disediakan dengan kadar segera

Tempat bakar dah bergenang air


Bara nak bagi bahagian bawah lemang masak

Ni larr lomang kami :)

[Den suko makan dengan rendang hitam atau serunding daging]

Friday, September 18, 2009

AHHh SuDaH! SuDaH! TeMaN NaK BaLiK KaMPuNG

Ni dah menyalahgunakan masa nie.... Ekeke... tu lar peram lagi lelama mende-mende nak masuk dalam KaKi JaLaN!!
Hari nie permohonan untuk balik awal telah diluluskan oleh Tuan Bos Besar... Alahai Tuan Bos Besar, terima kasih banyak-banyak! Sesungguhnya kalau diriku disimpan dalam pejabat nie pun dah tak ada hati nak keje... Hati memang dah lama sampai kampung. Ngeh ngeh...
Teman nak balik kampung teman di Teluk Intan. Teman nak bako lemang esok. Jadi.... tak adalah jadinya lagi.... Teman nak balik... Sesape yang baca blog teman ni pun, moh le balik... Lagu Balik Kampung teman dah letak kat sini aritu dah kan?! Moh ler balik kampung... Huhu tak sabo.... Selamat Hari Raya buat semua.... dan maaf zahir batin sekali lagi buat mana-mana kata yang kurang best kat dalam KaKi JaLaN nie.... Pemanduan selamat erk bagi yang memandu :)
SalamssssSsssss......

CaRi MaKaN 4 : MuHiBBaH SeaFooD

Edisi berbuka puasa luar yang nie memang tak sangka... Ingatkan dah habis sebab kebanyakkan kengkawan sudah bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing... Alahai undangan yang tak diduga mengunjung tiba pulak!! Ekekeke... Best!!!!
Lokasi berbuka puasa yang menjadi pilihan ialah restoran Muhibbah Seafood yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Restoran yang taukenya cina dan melayu, maka terbitlah muhibbah... (Alah-lah kiutnye tetiba ada pulak orang bercakap loghat nogori kat restoran nih! Eh, suko den denga!). Makan kat sini sodap jugak (eh silap! ni bukan masakan nogori! Harap maklum... Syasyul!), style masak healthy...
Lepas dah kenyang makan kat sini, pusing-pusing nengok lampu kat Mont Kiara dan singgah layan teh tarik kat Restoran Nasi Kandar Bestari. Tak ada makanan yang dicuba.. Rasanya macam kedai nasi kandar lain jugak kot?!! Hehehe....


Ni lokasi yang perlu dituju kalau ada sesiapa yang berminat nak choba makanan kat sini.

Sotong goreng tepung, cicah dengan kuah cili jeruk

Daging masak halia
Tauhu Mapo..... ermmmmm sedap!

This is my peberet.... Ayam ngan Lemon :)
Pinggan-pinggan yang licin :)

Restoran Nasi Kandar Bestari
Nie pemandangan sisi restauran


Nota:
1. Said to be Muhibbah Seafood bermula dari satu stall kecik tepi jalan dalam 15 tahun yang lalu dan teman gue hari ini sudah menjadi pengikut restoran nie sejak zaman stall kecik lagi...
2. Muhibbah Seafood buka dari jam 12 pm - 2.30 pm, 5 pm - 10 pm...
3. Boleh dicanangkan kepada sesape je yang suka cari makan :)

CaRi MaKaN 3 : FLaMiNG STeaMBoaT buFFeT ReSTaURaNT

Edisi buka puasa kat luar yang ketiga, edisi aku rindu kat Jaja... Dah lama tak jumpa :)

Tepon event organizer, which is my partner in crime (kah kah kah) cepat-cepat arrange sebab Jaja "she's in!!!". Lokasi yang menjadi pilihan ialah Flaming Steamboat Buffet Restaurant yang terletak di Bandar Sunway (antara Sunway Pyramid dengan Esso Station).

Erm.... boleh tahan juga makan kat sini, makan selagi boleh makan.... Semua balik dengan keadaan yang sangat kenyang dan rosak daya usaha 'diet' selama sebulan.... Duduk makan dari jam 9 sampai 11 malam..... Fuh..... Alhamdulillah.

Udang dan mussels
Pilihan-pilihan 1

Pilihan-pilihan 2

Pilihan-pilihan 3

Ni aiskrim... Ada dua peti pelbagai pilihan.... Nak deko apa pun suka hati
Dah tentu lar tinggal kulit jew :)

Kami-kami yang datang.... puas hati :)

YeaY..... Jaja datang jugak!!!! Mummy to be, ngeh ngeh....
Assalamualaikum Baby. Nie Auntie Mas :)


Maklumat lanjut boleh tengok dekat sini -> Flamming Steamboat Buffet : Eat All You Can


Nota :
1. Penutup berbuka puasa dengan kengkawan yang paling best!!
2. Makan dengan gumbira dan puas hati!!
3. Selain hidangan untuk steamboat, ada jugak disediakan nasi goreng, buah-buahan, abc ect. yang tak sempat nak di'pulun'.
4. Reservation hotline : 03-56336820
5. Harga memang berbaloi!!!!!
6. Thanks semua.... Selamat Hari Raya.....


CaRi MaKaN 2: ResToRaN aNTaN BaTuRa

Lokasi berbuka puasa luar kedua bagi tahun nie, ermmmm di Restoran Antan Batura, Shah Alam. Lokasi betul-betul seberang SIRIM, tepi tasik. Buka puasa bersama teman-teman OmBaK...
Organizer yang pilih, tapi tak tau lagi sedap ka dak

Suasana tenang masa mula-mula sampai
Erm..... ada kambing panggang..... cam best!

Elok aaaa susun.... rupa menarik jugak!! Ekeke (ni judgement masa lapo!)

Ni pinggan salah seorang teman.... Berpada juga :)
Ni, ingat tak entri tiba-tiba ada meja hidang baru... Tengok aaa bersusun membukit pinggan diorang!!!!
Nota :
1. Ermm.... yang best sebab buka puasa dengan kengkawan jew.....
2. Takut tengok orang serbu makanan.....
3. Makanan boleh tahan, tapi tak ada re-fill....
4. Tempat solat, selesa.

CaRi MaKaN 1: ResToRaN SRi MeLaKa

Dah tinggal satu hari nak abes puasa baru nak masukkan tempat-tempat makan erk?!! Ekekeke... Edisi berbuka puasa kat luar tahun nie dimulakan dengan Restoran Sri Melaka yang terletak di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Lokasi yang sememangnya menjadi pilihan awal, diubah ke lokasi lain atas permintaan beberapa orang teman, akhirnya kembali menjadi lokasi pilihan kerana beberapa ahli-ahli yang tinggal di saat akhir memang dah lama memendam perasaan mahu ke sana (itu termasuklah aku!! ekeke).
Restoran Sri Melaka menyajikan masakan ala-ala nyonya dan kat bawah nie aku sertakan gambar-gambar makanan yang diujirasa kemantapannya... Ke'maintain'annya.

Tarikh kejadian 3 September. Partner in Mission 4 orang teman sepejabat.

Sudu Garpu yang bakal digunakan untuk menghabiskan makanan :)

Nyonya Fried Rice

Sotong Goreng Tepung yang singgah sekejap kat meja kami...

Kuih Sagu, my peberet

Ini ayam masak apa eh? Ici Kabin ke?

Sayo... rasa biasa-biasa jew

Spring roll.... rasa biasa-biasa jew

Butter prawn.... leh tahan larr..... biasa-biasa jugak.... ekeke
Nota: untuk suka-suka sekali sekali orraitt, leh ler pegi :)

Wednesday, September 16, 2009

NaK JuGaK BaLik KamPuNG!!!!

Tak sabarnya nak balik kampung!!! Hari nie sudah ada teman-teman yang akan bergerak pulang... Jeles bangat!!! Aku??? Ermm... berjuang di pejabat sehingga Jumaat... [hari nie baru Rabu ye!?! Alahai...]. Agak-agak ramai lagikah di luar sana akan berada di ibu kota sehingga ke hujung minggu? Huwaaaaa.... nak balik jugak!!!!!

Lagu Balik Kampung yang sentiasa berkumandang lagi menyemarakkan semangat nak balik kampung... He sehhh tak sabaunya!!!

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girangHo ho…
Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

[Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua teman-teman yang sudi menjengah blog KaKi JaLaN. Semoga semua selamat sampai ke destinasi. Mohon maaf sekiranya ada tulisan yang mengusik hati. SeLaMaT HaRi RaYa :)]

Monday, September 14, 2009

Tuan D., aYuHaiiiiii

Tuan Doktor 1

"Tuan D., bila nak panggil nie? Aku dah rasa cam nak mati dah nie... Ayuhaiiiii Tuan D". Ini sebaris ayat yang tiba-tiba terbisik dalam hati setelah hampir sejam menunggu giliran. Aku akui sesungguhnya ayat ini agak terlampau untuk dituturkan... "Tuan D. ingat senang ke nak buat keputusan datang jumpa Tn. D.? Saya 'nerbes' tau. Kalau tak terpaksa, memang tak terdatanglah... Ayuhaiiiiii Tuan D.", sambung dialog sendiri dalam hati.

Itu cerita aku minggu lepas dan pembantu Tuan D. akhirnya memanggil aku sesudah berkarung-karung dialog aku buat. Cerita dengan Tuan D minggu lepas berakhir dengan cuti sakit selama dua hari. Ermmmm dogaan...

Tuan Doktor 2

"Salam"
"Salam kembali"
"Apa khabar?"
"Ermm.... tak berapa. Saya nak pergi jumpa Tuan D."
"Kenapa?"
"Saja suka-suka. Manalah tahu ... "
"Erm.... makan ubat ye.... Selamat tido" [aiiik??!]
"Ermmm.... ye baik Tuan D".

Tuan Doktor 3

"Tuan D., obat Tuan D. dah habis. Kenapa macam tak de perubahan?? Lagi teruk pun iya juga. Tuan D., saya dah sampai kategori tidak boleh tidur. Malam saya bising." [ewah, bukan main bersusun ayat ekau].

"Erm... dah makan ubat ye. Dah habis ye. Nanti saya tengok lagi. ...[periksa.periksa]... Ni dah ok dah nie, saya bagi sambung makan ubat ye!" Dalam hati terus menjawab, "Tuan D., ayuhaiiiii! Obat lagi???"

Sunday, September 13, 2009

Hai LeMaNG!!!

Hai lemang.... Kalau raya memang tak lepas dari bakar lemang. Lemang - raya dan satu lagi - arwah Opah.... Belajar masak lemang memang dengan Opah.... Opah jadik bos dari mula sampai akhir.... Dua tahun dulu last Opah ajar.... Hands-on.... hai memori.... terdengar-dengar Opah panggil dari dapur "Mas, dah pusing-pusing ker?", "Api besar tu..." .... macam-macam!! My last lesson with my beloved Opah.... Sweet time :)

Orait.... Kat sini nak kongsi sket cara-cara buat lemang. Katanya ada orang yang rebus pulut dulu, tapi selama ini kami tak pernah lagi buat macam tu. Bakar lar best!!!!! Yezzza.

Antara persediaan yang wajib ada - buluh lemang, daun pisang, pulut, santan dan sedikit garam (kalau kat Sabah dulu, diorang ada letak minyak masak sikettttt! ermmmm kitaorang tak letak)

Ni berasnya... Sila basuh terlebih dahulu!!

Haaaa ni buluh lemang yang dah diisi dengan daun pisang. Pastikan ada lebihan daun kat atas sebab masa bakar nanti, pulutnya kembang naik atas. Kalau lagho, rugi pulak!


Masukkan beras pulut dalam sampai kira-kira satu jari sebelum penuh (ala lebih kurang cam air tanak nasik jaraknya)

Masa isi pulut, bolehlah sediakan tempat bakar. Jangan awal sangat. Kira-kira dah nak habis mengisi.... Rugi pulak sabut, kayu dan bagai :)

Orrait...... isikan santan sampai pulut tenggelam...... Pastikan santan yang dituang tu dah siap-siap kacau dengan garam. Ermmmm satu lagi, spare sikit santan kalau-kalau masa bakar nanti tengok kering sangat - takut tak cukup masak!

Akhirnya proses membakar. Api jangan besar. Buluh lemang kena sentiasa dipusingkan. Kalau pulut dah kuar dari lemang, hentak buluh lemang tu perlahan-lahan sampai pulut tu turun. Proses membakar lebih kurang 4 jam...

Aduh asap!!!! Bila agak-agak lemang dah kering, baringkan lemang macam gambar kat atas ni untuk masak bahagian bawah... Masa ni hanya gunakan bara saja. Lemang perlu lebih kerap dipusing kerana nanti berkerak dan tak best!!! Uiiii yum yum.... Puas hati :D


[Blog 9 Disember 2008... ngeh ngeh ngeh... lemang nih peberet!!!]
[sempatke nak menyebok-nyebok tolong bakar lemang tahun nie??? Opah, i miss u so much... i luv u more than i can tell. Tuhan, kuatkan hatiku... alFatihah]

Saturday, September 12, 2009

HaNa TsU BeRTaNYa PasaL MaKe uP

Hana Tsu, anak kepada seorang teman...
Kami duduk-duduk dan bermain-main sementara menunggu teman-teman lain sampai untuk berbuka puasa bersama-sama... Ibunya ada ditepiku, apabila Hana Tsu tiba-tiba bersuara....


Hana Tsu : Auntie, cantik.
Mummy Hana : Hana lagi cantik. Hana macam princess.
Hana Tsu : Hana suka tengok auntie.
Mummy Hana : [senyum] Auntie pun suka sangat tengok Hana.
Hana Tsu : Hari nie, Auntie lagi cantik.
Mummy Hana : Ala, sebelum nie Auntie tak cantik ke?
Hana Tsu : Cantik. Tapi hari nie Auntie pakai make up.
Hana Tsu : [berpaling pada ibunya] Kenapa mak Hana tak pakai make up?
Mummy Hana : Hana suka make up ke?
Hana Tsu : Suka. Bila pakai make up lagi cantik..
[tiba-tiba Hana Tsu marahkan maknya dan mula menangis]


Peliknya kerana bedak nipis dan secalit lipstik nipis Mummy Hana Tsu telah membuat Hana Tsu memarahi emaknya dan menangis. Begitu sekalikah kesannya kepada seorang kanak-kanak perempuan?

Thursday, September 10, 2009

GeMOK!! (cerita 4 baris yang berat)

Gemok 1 : Berat
A: Eh, berat u berapa?
B: Berat?
A: Iyalah. Selalu cakap gemok.
B: Rahsia

Gemok 2 : Rupa
A: Ko macam Erra larr
B: Erra mana? Pesal lakss?
A: Erra Cinta Kolestrol.. Kejap gemok, kejap kurus
B: Grrrrr...

Gemok 3 : Rasa
A: Aku rasa aku dah gemoklarrr
B: Kau gemokkah?
A: Aku gemoklah!
B: Iye larr kau gemok... Nak sangat [kurang satu kilo lagi dah jatuh kategori aneroksia pun gemok??]

Gemok 4 : Never Ending Story
A: B gemok
B: A keding
A: B gemok!
B: A keding!
(sampai ke sudah memang tak ada ending)

[tulisan masa menunggu orang, tak ada keje]

Wednesday, September 9, 2009

TeaTER MuziKaL KaNaK-KaNaK : GaMaT

Wat promotion sketttt... Gue tak sabar nak menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Gamat... Tik tok tik tok lagi beberapa minggu sahaja pementasan nak mula... Dengar khabar dah sekian lama :)

Menonton teater kanak-kanak memang fun habis. Totally bukan untuk kanak-kanak saja. Tak caye kalu, jom pi tengok!!! Huhu!

INFO MUZIKAL GAMAT

Tarikh Persembahan :

4 – 12 OKTOBER 2009(TIADA PERSEMBAHAN PADA 9 & 10 OKTOBER 2009)
Masa Persembahan Malam :

8.30 Malam ( 4 - 12 OKTOBER 2009)
Masa Persembahan Matinee (Petang) :

3.00 Petang (PADA 4 DAN 11 OKTOBER)
Tempat Persembahan :

Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket :

RM30, RM50, RM80, RM100 & RM150.
RM20 (Untuk persembahan Matinee – 3 & 4 Oktober sahaja)

Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi :
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA, JALAN TUN RAZAK,
KUALA LUMPUR
Tel: 03-4026 5558
Waktu Operasi : 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja); 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu)
CTRA PRODUCTION :Tel: 03-6186 6592, 017-871 6060, 012-297 7220

Maklumat lanjut : http://www.muzikalgamat.blogspot.com
Tiket : http://www.ticket2u.biz (Tel 03-4149 8600)




Tuesday, September 8, 2009

SeRiBu WaJaH SeRiBU PeRaSaaN (?)

Baru-baru ini menonton sebuah dokumentari di TV1 bertajuk Bajau Laut Nomads of the Sea... Terus teringat sampan jual lobster di Mabul*. Yang aku ingat, selain dari rasa lobster fresh yang 'nala' sedapnya, terbayang-bayang lagi wajah pakcik, makcik dan sorang budak kecil yang datang menjual lobster tersebut.

Aku melihat seribu wajah yang punya seribu perasaan. Bagaimana hendak aku gambarkan?? Sungguh aku ini tidak pandai bercerita.
Aku melihat susah di wajah mereka. Aku melihat redha di wajah mereka. Aku melihat kekuatan dan kesungguhan. Aku juga melihat kasih sayang pada mereka. Aku melihat perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Entahlah... Mungkin aku juga seorang yang mudah diusik perasaan dan punya rasa kagum yang pelbagai.


[Perjalanan Mabul, Kepalai, Sipadan, Silawa bagai cerita dongeng yang indah. Bila lagi akan kembali???]