JoM JaLaN-JaLAN.. KiTa JeLaJaH PuLaU.. KiTa DaKi GuNuNG.. KiTa KeNaL-KeNaL ORaNG.. KiTa TeNGoK TeaTeR.. KiTa CaRi MaKaN.. KiTa DaN aPa YaNG KiTa aDa.. KiTa sYuKuR .. DaN.. KiTa KoNGsi..
Tuesday, December 30, 2008
BeaUTiFuL KeNYiR
KeRJa aTaU TaK???
Baru balik dari cuti terus masuk kerja... Susah jugak orang gomen nak cuti sebenarnya... Aduh... mamai-mamai aku kat opis hari nie...
Pagi tadi sampai KL dekat pukul 3.30 pagi... Terus pegi rumah Cu nak ambil kereta tapi Cu tak kasi balik rumah terus sebab dah lewat pagi... Ermm... dah lewat, tidur-tidur ayam saja sebab takut terlajak dan lambat masuk pejabat.
5.45 Bangun dan bersiap
6.30 Bergerak ke Putrajaya
7.20 Punch card dan buka pintu bilik
7.30 Balik rumah - bersiap balik untuk masuk pejabat
8.10 Bos telefon - suh kol balik (Sori larr Bos... saya kat umah... Nanti saya kol...)
8.45 Masuk pejabat... check emel (risaunya sebab lari pi bercuti dan kalau kena pegi site...)
9.03 Telefon Pn Norlin (leganya hari nie tak perlu pergi site! Tunda esok pagi. Fuhh...)
9.15 Telefon bos... (oh banyaknya arahan dan pesanan !)
9.40 Pengarah masuk bilik... (brief sket... Bos, sori lerr tak boleh nak watpe... he want you to go - "ermm... is that mean aku boleh cuti??")
9.50 Pengarah masuk bilik balik. Cess baru nak happy happy sket! Nak back-up apa pulak nih??? Ermm... Status cuti immediately tukar jadi standby balik!
Ohhhhh malas.... aku mengantuk nihhhh!!!! What to do??? Kerja mesti kerja.... SYMP!!!
Friday, December 26, 2008
aPa YaNG Aku BeLaJaR DaN ResoLusi
Perkara kedua just happen recently masa jumpa kawan-kawan lama kat Dusun Eco-resort. Among the first topic yang aku sembang (tanpa sempat duduk lagi) ialah “Eh, bestnya tempat ni! Bagusnya kalau dapat tengok tempat ni waktu siang. Macam-macam boleh …”. Tak sempat nak habis cakap, dah kena potong “Mas, Mas. Ko ni sama macam dulu. Ko dah lupa ke?” “Hah? Lupa apa?” “Sudah-sudahlah tu. …… [sekian]… [sekian]….” “Eh, ye ker?!!” “ Owhhh… Kenapa ko sebut???” “Arghhh semua dah tahu rahsia. Yer ker??? Dah tiga erk???” Diam sekejap “Tidakkk… Owhhh tidak!!!!!!” “Hai Mas. Mas. Sama dari dulu, entah bila nak berubah!”. Dan apa yang boleh aku jawab “Ermm…..”. Ketawa dan geleng kepala. Tunggulah sampai pintu pagar itu berjaya dibuka oleh sang putera dari kisah indah si pari-pari. Ada sesiapa nak isi borang ker? Hahahaha…. Nanti aku cuba lembut sikit nyerrr…. “Hello”.
Perkara ketiga, masa mendaki di Gunung Tapis. XPDC nie joinventure staff ngan student kat IPT tempat kawan aku and I’m with the staff side. The funny thing is that so suddenly akulah kakak kepada semua adinda-adinda perempuan xpdc. Tak ada staff perempuan yang ikut, yang ada itu akulah!! The beauty of this xpdc - bulan. Bulan penuh! Cantik! Memang cantik! We walked under the moon. Mula berjalan masuk hutan in the middle of the night, rentas Sungai Lembing separas pinggul di bawah bulan, mendaki Bukit Taubat yang Subhanallah curamnya, adik-adik banyak yang ‘pancit’ sebab tak bersedia fizikal dan mental, berlari ke puncak Tapis seperti mengejar bulan (and I called this xpdc “Chasing Moon”), dan keluar dari hutan dalam keadaan lenjun kerana setengah hari ‘mandi’ hujan dan memijak takung air. Banyak yang aku belajar. Masa jangan lalai, hormat orang, hormat alam, hargai semua yang kita ada, syukur, teamwork, aware, prepare and be strong (even if you are not, you just have too).
ErMMmm in 2008
Kenapa aku banyak berjalan? To be frank, I just need it. Kadang-kadang aku perlu masa untuk aku sendiri. Berfikir, rehat dan sendirian. Dan kadang-kadang yang orang tengok aku ber’jalan’, tapi tujuan utamanya bukan berjalan.
SeLaMaT TiNGGaL 2008
Tahun 2008, tahun yang paling berbaur. I’m having fun, enjoying life, appreciating all around me – family, friends, environment, things etc… . Oh banyak!!!! Banyak! Banyak sangat.
- Fakhzan (only we who can tell everything, banyaknya!!! Miss u, sis! We went through a lot!!!)
- Langkawi and islands hoping with Yus (keeping promise, Dayang Bunting, Beras Basah, Sg. Besar)
- Myself at Pulau Payar (owHhhhh, I can’t stop smiling!)
- Ladies in Phuket (Canoe Under Caves to the Other World!. Ladiesman Night? Huwaa)
- Sabah Comeback! (Backpackers Survivor!)
- Sipadan Escape (Amazing Mabul, Kepalai and Sipadan Island, Living In Dream at Semporna)
- Gng. Tapis (Chasing Moon! Yeah!! Strong for others - my toughest internal emotion fighting among all my xpdc., Ya Allah, aku bersyukur atas kekuatan dan keselamatan yang Kau berikan.)
- Tioman and Four Stringer (alone, amazed, shocked, scared and almost panic!)
- Meeting new friend Cik Amid Melaka and Su from JPS (BTN US)
- Get connected dgn kawan-kawan yang dah lama ‘hilang’ – Jijoi, Fahriena, Kak Dura, Bob, Jai, Syidot (Bad n Nadim), Anje, Aini MASPUTRA, Aini UMS, Abg Shuk, Kak Fazue, Kak Mai, Ezhan, Ann, Fatihah, …. Alamak ramai lagi nak kena senarai nih!!! Hehehe)
- Teater (Indera Putra Putera Indera, Endeng Tajeli, Puteri Saadong, Sinbad)
- Anak auntie Mas yang ensem, oh Ansar!! (anak kak Dyla, tapi anak auntie Mas jugak!!!! Ngeh ngeh!)
- Contract mummy for Nabila, Nafisa n Yeop (what an experienced!!! 4 hari 4 malam yang memenatkan!!!)
- MAHA 2008 (Lots of orchid!!! Gone wild!!! GILA ORKID)
- Putrajaya International Fireworks (Beautiful Life)
- Gathering (1.SnSek – Shida, Syihan, Cyril J, Anthony, Rahdie, Ardi; 2. xKMK @ 30’s – Hera, Bob, Ann, Zul, Ezhan; 3. UMS alumni raya; 4. xUMS @ Aini wedding, 5. Open house a.k.a house warming – families and friends)
- Turning ladies! (wah jadi perempuan aku tahun nie!! Macam tak percaya!! :P)
- Highlands job calling (Cameron, Bukit Fraser, Lojing, Kundasang)
- Special birthday dinner (ermmm, thank you so much!!!! Wahhhhh… Hehehe…)
- Rumah baru (HoYee I Made It!!! New life!!!)
- Water rafting and 4WD (We made it @ Jeram Besu, Pusat Arus Deras Kebangsaan)
- Rock climbing at Bukit Tabur (Beautiful Klang Gates reflections)
- KLPac with Hui Yong (show and photo session, best!!!)
- Flying kites at Bagan Lalang
- Kem Perah overnight (setelah beberapa kali cubaan untuk terus stay, akhirnya berjaya!!! It’s cool!!!)
- Geng TI gathering (Makcik Ye, Bagan, Cameron, BP)
- Proposals?? (Ermm…)
- …
Monday, December 22, 2008
RuMaH aTas AwaN
Sunday, December 14, 2008
ReView TeaTeR MuziKaL KaNaK-KaNaK SiNbaD
View dari seat!!!
Putera Zariq, Sinbad, Dewi Bencana, Puteri Nursaibah dan Titi
Dewi Bencana -Tengku Azura
Titi n Syakula, mereka jatuh cinta!Tak kira, nak peluk jugak!!!
Titi yang paling comel!!!
Me, anak kapal dan pengawal istana
Me as tukang review :)
Friday, December 12, 2008
HaDiaH BuaT MusLiMaH
Tahun nie, banyak perkara baik jadi dalam hidup aku...Tahun nie, walau aku agak-agak sedih menyambut penganugerahan '3 paku', aku berjaya juga mengharunginya.Tahun nie, kawan-kawan paling banyak bagi support pada aku...Dan pada tahun nie, aku makin mengenali dan menghargai kawan-kawan aku...
Ermmm.... hari nie sebenarnya nak kongsi salah satu hadiah sempena penganugerahan 3 paku aritu. Dah lama dah, tapi tak sempat nak tulis kat sini. Hadiah dari sahabatku Hazereen... dipos jauh dari Johor... Terima kasih buat sekian kalinya :)
Bungkusan yang diterima, rupanya berisi sebuah buku bertajuk "Hadiah Buat Muslimah : Panduan Asas Fiqah Wanita". Buku ini ditulis oleh ustazah cakar harimau (hehe) iaitu Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman. Buku ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. pada Julai 2008. Aku suka sangat!!!! Suka sangat-sangat!!! :)
Hadiah Buat Muslimah, buku yang terkandung semua perkara asas fardu ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, puasa dan haji. Selain itu, ia juga meliputi hal-hal perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan sebagainya lagi. Kalau orang lain kata isinya lebih kurang macam buku lain, jawapannya tidak!
Hadiah Buat Muslimah penuh dengan penerangan dan berilustrasi. Terang dan jelas, malah disertai juga dengan nas al-Quran dan hadis. Ringkasnya, buku ini senang, jelas dan sampai sekarang buku ini memang menjadi rujukan dan juga bacaan sebelum tidur malam. Terasa macam belum pernah habis membaca buku nie. Kalaulah dapat aku kongsikan buku ini pada semua teman-teman wanita ku...
Dipetik sedikit kandungan sajak yang diselitkan di dalam buku ini.
WAHAI WANITA : LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH
(tulisan : Isteri Solehah)
Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya kepada Allah dan Rasullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama
Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksana
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga
Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah
Thursday, December 11, 2008
MaLaM, BuLaN DaN BiNTaNG AJaiB!
"Tidak. Aku menghayati langit malam"
"Jauh pandanganmu?"
"Aku suka malam
Langit malam indah, luas"
"Engkau seperti pungguk"
"Suka hati. Aku tidak nafikan
Aku suka bulan
Aku rindu memandang bulan
Aku gembira bila bulan berbicara
Bulan penuh terang bersuluh
Bulan sabit tenang santai
Bulan tersenyum? Oh, cantik!!"
"Aku cemburu
Bolehkah aku menjadi bulan?
Aku ingin menjadi kesukaanmu
Aku mahu dirindui olehmu
Mendengar bicaramu
Menerangi hidupmu
Menemanimu selagi nyawaku ada"
"Bintang ajaib
Mimpikah aku
Siapa menjawabku?"
"Akulah bintang ajaibmu
Bangunlah dari mimpimu
Hadapi realiti
Aku akan bersamamu"
Tuesday, December 9, 2008
Hai LeMaNG!!!
Orait.... Kat sini nak kongsi sket cara-cara buat lemang. Katanya ada orang yang rebus pulut dulu, tapi selama ini kami tak pernah lagi buat macam tu. Bakar lar best!!!!! Yezzza.
Masukkan beras pulut dalam sampai kira-kira satu jari sebelum penuh (ala lebih kurang cam air tanak nasik jaraknya)
Friday, December 5, 2008
SuNGai PeRak - SeNiwaTi AMNaH AwaNG
Sungai Perak
Dendangan : Seniwati Amnah Awang
Lagu / Lirik : Seniwati Amnah Awang
Sungai Perak mengalir tenang
Sampan kolek mudik ke tepi
Dalam hati terkenang-kenang
Di Teluk Intan, Menara Condong megah berdiri
...
Teluk Intan, nama diberi
Tengah bandar membangun kini
Jadi kebanggaan penduduk di sini
Indahnya alam, samalah saksikan
Istana Bukit Chandan menjadi ingatan
Terpaut hati di Teluk Intan
Kini namamu diabadikan
Duli Tuanku di singgahsana
Patik sekalian memohon doa
Dirgahayu lanjut usianya
Ampun Tuanku ini lagunya
Negeri Perak terkenal hendaknya...........