Horror. Horror. Horror.
JoM JaLaN-JaLAN.. KiTa JeLaJaH PuLaU.. KiTa DaKi GuNuNG.. KiTa KeNaL-KeNaL ORaNG.. KiTa TeNGoK TeaTeR.. KiTa CaRi MaKaN.. KiTa DaN aPa YaNG KiTa aDa.. KiTa sYuKuR .. DaN.. KiTa KoNGsi..
Friday, November 28, 2008
OwHHH SaD StoRY FRoM WoRKSHoP
Monday, November 24, 2008
MaK YoNG EXTRavaGaNza
Malam pertama : Dewa Indera Dewa
Malam kedua : Endeng Tajeli
Malam ketiga : Raja Tangkai Hati
Malam keempat : Nik Kecik Dewa Muda
Persembahan bermula pada 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Suka dimaklumkan persembahan Mak Yong oleh kanak-kanak akan diadakan diperkarangan Amphitheater pada 8.00 malam (pasti comel-comel dan menarik!).
Jom ramai-ramai!!! HeHe tak sabarnya!!! :D
* Masuk percuma. Siapa nak ikut??? Jom!!! :D
Thursday, November 20, 2008
AisH, DHiYa dan ANsaR
Aish dan Dhiya sepasang kanak-kanak comel. Ansar? Ansar kategori lain. Ansar kanak-kanak yang encem. Kira-kiranya Aish, Dhiya dan Ansar macam anak auntie Mas.
Aish, sekarang umurnya sudah lima tahun. Anak kawan aku Lili. Bijak dan banyak cakap. Aish suka berkawan. Sama macam ‘mak’nya, iaitu aku! Sorry Lili :p
Dhiya pula umurnya sudah satu tahun setengah. Anak kawan aku Yas. Baik dan banyak makan. Geram cam nak dipeluk-peluk, dicubit-cubit dan semua yang seangkatan dengannya. Sama macam ‘mak’nya juga iaitu aku (kecuali part geram tu larrr… Aku geram kat budak-budak takpe lar kan?!). Akuikuikui. Sorry Yas :p
Akhir sekali, Ansar. Umurnya setahun. Ansar anak kawan aku kak Dyla. Tengok muka Ansar rasa sejuk. Ansar diam jer. Bila tengok orang, jauh rasanya Ansar tengok. Ansar encem, sama macam ‘mak’nya iaitu aku. Ansar encem, ‘mak’nya jeliterrr.
Jadi? Apa yang aku nak cerita kat sini??? Tak ada apa… Saja gatal tangan nak menulis. Korang tengok erk, Aish, Dhiya dan Ansar. Haaa comelkan?!! Ni semua anak-anak ku.
Ni AiSH daN DHiYa. AisH masa NaKaL (TeNGaH PRaKtis MeNaRi uNTuk KoNsErT). DhiYa ikuT aBaNG AisH meNaRi. BeRPeLuH seBaB aSYiK MeLoNcaT!
Monday, November 17, 2008
JaMeS BoND :QuaNTuM oF SoLaCE
Wednesday, November 12, 2008
TeaTeR MuZiKaL KaNaK-KaNaK SiNBaD
Tarikh : 02 - 13 Dis 08
Masa : 8.30 Malam, 3.00 Petang (6 & 13 Disember)
Penampilan Khas
Tarikh Persembahan
2 - 13 Disember 2008 (TIADA PERSEMBAHAN PADA 7,8,9 DISEMBER)
Masa (Persembahan Malam: 2 - 6 Disember, 10 - 13 Disember)8.30 Malam
Masa (Persembahan Matinee/Petang: 6 & 13 Disember)3.00 Petang
Tempat
Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket
RM20, RM30 & RM50
Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICEISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel : 03-4026 5558 Faks: 03-4026 5552
Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja) 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu)
Pembelian Tiket Secara Online www.ticket2u.biz
Tel: 03-4149 8600
IMPAK MAKSIMA THE MUSICAL
Kategori : Teater
Tarikh : 11 - 22 Nov 08
Masa : 8.30 Malam, 3.00 Petang (15 & 16 November)
Sebuah persembahan teater muzikal moden berkonsepkan permotoran yang pertama di Malaysia. Ia mengisahkan sekumpulan remaja yang meminati sukan drift dan rempit dalam kehidupan seharian mereka sebagai pelajar kolej.
Teater ini juga mengetengahkan gabungan tarian antara tradisional, ballroom dan street dance seperti funky hip hop, stomping dan street jazz. Satu persembahan muzikal yang pastinya memberi IMPAK kepuasan yang MAKSIMA di pentas teater Istana Budaya.
Barisan Pelakon
Zul Huzaimy
Zarina AF
The Fabulous Cats
Dynaz
Zed Zaidi
Dina (Malaysian Idol)
Penyelaras Produksi - Den Wahab
Pengarah Tari - Belalang
Komposer Muzik - Cat Farish / Faizal Uzir
Pemandu Stunt - Ser Meng Hui (Ah Fai)
Tarikh Persembahan11-22 November 2008
Masa (Persembahan Malam: 11-22 November)8.30 Malam
Masa (Persembahan Matinee/Petang: 15 & 16 November)3.00 Petang
Tempat Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150
Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICEISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel: 03-4026 5558 Faks: 03-4026 5552
Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja) 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu/Ahad)
Laman Web Ticket2u (Pembelian dalam talian)http://www.ticket2u.biz/
Tel: 03-4149 8600
EXeRciSe PeRPiNDaHAN
Aku nak masuk state!!! Aku nak merasa duduk state pulak!!! Aku rasa orang yang duduk kat state ni lain, angin nyerr lain dari HQ. HQ, angin haba – panas. Macam angin kat dalam dust collecter kat kilang. Panas, kering dan berabuk (huk-huk!) (berabuk sebab aku dah lama duduk kat sini :D) !!! Nak juga aku merasa angin baru, sungguhpun aku tak tahu angin yang ada di sana itu adakah angin bayu, angin taufan atau angin kus-kus (oh, kus-kus??? Bucuk!!!!).
Harap-harap next exercise, nama aku akan naik. Kalau boleh, nak beralih ke mana yer??? Kalau ke utara (Perlis, Kedah), seronok! Kalau ke timur (Kelantan, Terengganu, Pahang), ok jugak - tiap-tiap hari aku ke laut. Kalau ke selatan (Johor – ui tough!, Melaka –boleh-boleh saja, Negeri Sembilan – ermmm…), campur-campur - tak tahu nak cakap apa, tapi SYMP! Ke Wilayah Tengah (P.Pinang, Perak, Selangor, KL), sama macam ke Selatan. Sabah Sarawak??? Entah! Harapan lebih kepada wilayah utara dan KL.
Sunday, November 9, 2008
SuaTu PeTaNG Di BuRGeR KiNG
Laparnya!! Penatnya!!
Perut perlu diisi. Kaki perlu berehat (kenapa larr nak jenjalan, pakai tumit tinggi – memang cari pasal!).
Ermmm… mana nak makan? Mana nak duduk ni?
Oh Yezaaaa…. Kat sini ada Burger King!!
Yummy my tummy say. Arghhh my leg release (ermm pemilihan perkataan macam tak sesuai!).
Cari port strategik sikit. Boleh tengok orang. Untung-untung ada story dan boleh menulis!!
Senyum 1 - Murah Rezeki
Encik depan ni (Pakcik larr sebenarnya), amboi khusyuk betul membaca akhbar The Sun. Makanan kat depan tak tahu agaknya dah berapa lama habis. Dah baca doa habis makan ke? Ekekeke. Alamak, Encik ni angkat muka dan pandang aku. Aku dah kacau Encik ini ke? Encik ini tak cukup khusyuk macam yang aku sangka!!
Senyum!! Uiks… Encik Surat Khabar ni senyum balik! Arghhhh murah rezeki dia hendaknya.
Senyum 2 - Romantika
Seronok aku makan, lalu seorang Encik dengan troli penuh berisi hamper. Duduk selang beberapa meja dari aku. Tak seberapa lama kemudian, seorang Puan lalu membawa 2 set value meal (ewah pandai betul aku meneka!) dan terus duduk semeja dengan Encik tadi.
Ai, bahagia mereka. Encik dan Puan (Abang dan Kakak) ni romantik betul. Bukan romantik buat-buat. Bersembang dan bergurau bagaikan kawan tapi mesra sampai aku pun naik konpius. Hey, there are partner!! Life partner!! Bagus dapat maintain!! Senyum lagi boleh?! Senyum romantik - berangan.
Senyum 3 - Rajin Yer!
Alahai makanan aku dah habis. Nak bangun? Ala kejap larr, biar aku habis menulis dulu. Jauh juga hendak memandu balik ke Putrajaya.
Rajin pulak engkau nak menulis di sini erk! Senyum sendiri - eh, rajin!!
Senyum 4 - Perasan
Uiks, tadi kat tempat ni tak ada orang. Ada Encik Surat Khabar, kemudian ada Encik Abang dan Puan Kakak saja. Bila pula ada tiga pasangan Encik-encik Adik dan Cik-cik Adik kat sini?
Mesti masa aku menulis tak angkat-angkat muka tadi. Almaklum, tadi berangan, lepas tu perasan rajin. Heee… Senyum lagi.
Senyum 5 - Garu Kepala
Alahai macam tak boleh nak senyum melihat Encik dan Cik-cik Adik yang ada kat sini. Muda-muda remaja. Ada yang bertudung litup tapi wahhhh romantika de’ amour terlebih-lebih! Malu pula nak tengok.
Tak jadi nak senyum. Garu kepala yang tak gatal ni je larrrr.
Senyum 6 - Penghabisan
Eh, bising pulak!
Lalu seorang Encik dengan empat orang kanak-kanak comel dan chubby (eeee geramnya tengok! Macam nak cubit-cubit je!). Budak-budak ni dah duduk, bangun berlari pula. Ohhh berlari ke mamanya. Hehe… Encik Daddy dan Puan Mama ni rock! Sempoi giles! Anak-anak pun sama. Yeahhhhh, u guyz rock!! (Apa yang aku dah merepek nih!?)
Eeee nak balik lerrrr… Jelezzz… Nak senyum lagi tak? Hahaha… sudah-sudah lar tu. Dah nak sama macam kerang busuk pulak! Hehehe.
Tuesday, November 4, 2008
HoYeEEEEEE I MaDe iT!!!!!
Alasan?
- Lambat!
- Nanti bau asap!
- Nanti peluh! (Habis make-up! Hehehe)
- Barang banyak nak mengangkut (ni kes terpaksa bawak keje balik umah, ermm)
- Hilang larrr kejelitaan ku (wahahahaha, this is a bit OVERlar Masnona!)
Result of today's experiment?
- Dari keluar pintu rumah sampai tempat punch card (kalau tak ada masalah lif), sepuluh-lima belas minit dah sampai!
- Bau asap?? Ermmmm pastikan keluar bukan time orang tengah berpusu-pusu ke pejabat - timing tadi OK!
- Oh, tak sempat peluh larrrr.... (I guess stamina bagus lagi!!!)
- Pastikan hari nak bawak keje balik pada hari bawak kereta jer dan bila betul-betul terpaksa!
- Well....pagi nie, aku maintain jeliterrr :D (so tak ada masalah!)
Keputusan untuk jalan kaki ke pejabat?? OrRRaiTTTTTT :D *wiNk*