FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, January 8, 2026

TUTUP BUKU 365-2025 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2026

 Assalamualaikum dan Big Hi semua!

Ni dah macam late post dah hahaha sebab 8hb dah ye. Dah seminggu 2026, dan kau Masmz tetiber nak post tutup buku 2025!  Ahhh biarkan! kat medsoc lain dah post on time.. Kat sini, tetiber yer teringat nak post..  Bagi la up sket walaupun tak tahu le orang baca lagi blog atau tak! Hehehe.

Anyway... tahun 2025 Masmz sangat up dan down. Keje memang macam orang gila. Sebab banyak isu negara nak diselesaikan (ewah2).  Tahun ni juga punya la banyak travel, habis satu Malaysia Masmz pusing ye kecuali Kelantan.  Apapun, kita letak yang manis2 sahaja buat kenangan.. Yang kelat2 dah sulam buat pengalaman. Hei Masmz ada interview ye life kat radio nasional Traxx FM! Nak mateyyy rasanya nak interview live hahaha kang "apa yang kau merepek tu Masmz?"!

Terima kasih semua sahabat2 dan kenalan yang sentiasa mendoakan dan memberi semangat... Sayang semua 🥰

Tahun 2025 tak ada azam.. Tahun 2026 pun, tiru je la erk hahaha malaih nk fikir 🤪.

Semoga semua yang baca post ni, saya doakan semoga tahun depan menjadi yang lebih baik dari tahun ini. 



Interviewed by Gilbert!



Jumpa deejay Otto dan Double D. Meriah la diorang!


Monday, April 17, 2023

DAH NAK RAYA EH

Haluuu Assalamualaikum

Hari aku mula taip post ni 17 April 2023 bersamaan 26 Ramadhan 1444.

Kejap je rasanya puasa tahun ni, tapi percayalah tahun ni aku lembik giler walaupun dah sampai ke hujung Ramadhan.

Masih berbaki 4 hari lagi puasa (harap takde raya terkejut macam tahun lepas) tapi hari ni demam pulak dah.. Tambahan dari batuk tekak yang perit sejak dua hari lepas.  Rasanya bukan sebab kurang minum air sebab dah minum air bergelen-gelen malam tadi dan masa sahur.. Mungkin sebab cuaca sekarang sangat panas dan kering.  Tahun ni juga ada jerebu (IPU >100) di dua tiga tempat yang melebihi 48 jam.. Budak-budak belum cuti sekolah lagi kan... Kesian deme, yang puasa yang panas, tapi anak buah aku masih lagi berjaya puasa penuh. Alhamdulillah.

Oklah tu je kot nak update setelah sekian lama tak menulis.  Kalau lepas ni tak ada apa-apa post dari kita, kita nak ucap awal-awal Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Memandulah dengan selamat supaya dapat berhari raya bersama keluarga.  


Sayang semua

masmz.kakijalan