FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, October 11, 2018

BAN PECAH @ TANJUNG PIANDANG, PERAK (PHOTO SHARING)

Assalamualaikummm....
Haluuuuuu....
Salam musim periksa.... salam cuti sekolah nak dekat....
Kalau tak cuti sekolah, cuti hujung minggu pun ado!  Jom kita pi jalan....

Ada orang Tepen ka baca ni? Dah pernah sampai Ban Pecah ka? Ban Pecah ni terletak di Tanjung Piandang yang jaraknya dalam setengah jam dari pekan Tepen..  Kalau orang Penang, dok Pauh, leh mai sini perjalanan naik kereta dalam satu jam sahaja...

Baru-baru ni kan, dapat kursus kat utara..  Cam melompat2 lepas tu terus isi borang kebenaran bawa kereta...  Kalau tak kena naik kapal terbang, celah mana pulak nak turun-turun nak singgah-singgah kan?! 

"Bos, saya nak drive sendiri ya!"
"Jauh"
"Oooooo takpe-takpe... Saya gerak dari #negaraEeypoh je nanti... Dekat dah tu"
Cakap sambil sengih-sengih....  Iya la masa tu cuti bersambung-sambung, rugi woooooo... ada banyak tempat teringin nor nak singgah termasuklah Ban Pecah ni.

Dia punya teringin sesangat nak datang sini bila tengok gambar kat cik Gugel, dengar kawan-kawan sembang, baca cerita-cerita mitos, terus air liur meleleh-leleh nak pergi (ermmm ni nampak macam makanan je - ok nak makan mee ketam!), kaki gatal-gatal nak jalan, fikiran tak keruan dan hati memendam rasa haaaa gitewwww.... lama jugak nak menyampaikan hajat ke sini.

Hari kejadian, doa banyak-banyak supaya tak hujan sebab gerak pun lewat.  Diorang kata Ban Pecah ni memang 'malatops' la cun masa matahari terbenam.  So kita pun target untuk tunggu untuk sunset...  cuma terlajak lewat haihhhhh, terlepas kita nak g makan mee ketam! Mee udang! EEE TAMAK!

Persinggahan hari tu sempat layan jiwa sekejap je.. Tak puas!!  Ingat nanti balik dari Langkawi nak singgah lagi sekali....  namun tinggal cita-cita yang tertunda....  Tak apa, ada rezeki nanti nak pergi lagi sekali, balik hari pun ok siap bawa bekas beli ikan...  Kalau ada kaki pancing, nak suh bawa pancing lebih jugak...  Tengok ramai juga memancing kat sini...  Katanya kat sini banyak ikan sembilang merah dan rupanya kalau datang sini kena pergi makan kari ikan sembilang! Yihhhh part ni terlepas pulak!

Jadinya.... entri kali ni kita kongsi gambar pemandangan sahajalah..  Cantik!  Kita rasa kita dah jatuh chentalah ngan Ban Pecah ni :)


Kalau dari pekan Taiping (Tepen), ikut tanda arah ni... Jalan Gula (Kuala Gula tempat nak makan mee udang, nak tengok burung hijrah...)

 Laluan masuk ke Ban Pecah ni, jalan kecil dan melalui tepi tali air...  

Ban Pecah ni adalah kawasan sawah dan sebelahnya laut saujana mata memandang.. 

Adalah gerai penduduk tempatan kecil-kecil jual jajan, ada ikan masin, layang-layang macam-macam juga.

Nak duduk, kalau tak bawa tikar, boleh la duduk kat pondok nan se'ketui' ni.. Takdak siapa nak marah..  Tapi tolong la sampah minum sampah jajan korang tu kutip buang dalam tong sampah atau bawa balik rumah naaaaa...

Budak-budak mandi laut...  Ni dah tak ramai macam mula-mula sampai.




Pindah tempat lain pula.. takut gelap rugi

Lepas ada kunci air, ramai yang memancing kat sini.  Tapi segan nak pergi dekat maklumlah sensorang jelitawan kang kekok pulak orang tengok.. 

Tu diaa




 

Sampai senja nan merah lalalala juga duduk kat situ sebelum bergerak ke Pauh.  Dekat jugak rupanya, tak sempat tuan rumah nak bersiap sebab cik Waze kata "Ok 55 minit lu boleh sampai" Miahahahahaa.... Jaga jaga!

Woraitttt sampai jumpa lagi...

2 comments:

anisa miranda said...

paling menyenangkan saaat traveling kayak gini
bosa cobain hal2 baru dan tau tempat mana yang enak untuk di kunjungi jadi bisa share pengalaman ke temen temen
artikel ini sangat bermanfaat
KLIK DISINI SEKARANG

Bunga citra said...
This comment has been removed by a blog administrator.