FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, September 19, 2013

MaNiLa (PaRT 1) : PeRJaLaNaN ke MaNiLa KeRaNa MiSi MeNCaRi RiZaL

HaLu.... Salam Satu Malaysia.... Salam Jom Pi Jalan :D

Mabuhay.... Selamat datang ke Manila kap kun kappp (ehhh silappppp hahaha)...

Weee... bestnya dah balik ke tanah air semula...  Ini feel yang paling best setiap kali balik dari berjalan (dengan mengabaikan yang "owhhhh esok kerjaaaaa.... tidakkkkkkk....."). 

Travel partner kali ni dengan Janggeltrekker..  Lama dah kot tak travel jejauh together2 since perjalanan ke Selatan dulu..  Masa beli tiket dulu takde la pulak fikir pasal misi-misi nih... Yang tahu, beli je tiket masa AA buat promo beli satu percuma satu tu... Bedek punya bedek, naaaaaa MANILA!!!  Buleh???? 

Perjalanan ke Manila dengan menaiki penerbangan Zest Air selama 3 jam setengah.  Jadual asal jam 10.55 pagi, gila awal nak keluar rumah... tiba-tiba Janggel bagitaw flight tunda ke 11.20 pagi... " Owhhh baguih!  Leh sarapan dulu!"  Lapar sangat dah ni sebab naga dalam perut dah biasa breakfast.. hihihi.  Jadi, kami pun ke Marrybrown dan aku dengan tamaknya telah membeli 3 biji beger (walaupun bunyinya banyak, tapi begernya tidaklah sebesar zinger mahupun big mac).  Sebiji beger tu, aku makan masa tengah tunggu dalam balai pelepasan - gigih makan lelaju tetiber ada pengumuman kata flight delay lagi ke pukul dua belas pulak! Haissss....

Jom la layan gambar sambil cerita-ceriti .... 
 

Tadaaaa.... kengkonon nak buat teaser lagi untuk blog... Tapi bila fikir-fikir balik, kalau tangguh... sumpah sampai ke sudah cerita Manila ni akan jadi cerita purbakala... Hahahahaa.....  

Ok... dah siap??? Jom kita flying without wing...  Bukan kita yang nak kena ada wing, penat kot nak ngepak2kan tangan ni... Sampai ke sudahla tak bergerak ke mana-mana...  ;p

Eeeee.... lambat sungguh laaaa kapal terbang ni nak berlepas...  Dah masuk dalam flight pun dok tunggu dan tunggu lagi...  Kawe dah tak saba dah ni....

Dek perjalanan yang agak panjang (#dramasangat), dan kebarangkalian untuk jumpa nasi yang tipis di Manila, maka tanpa berfikir panjang - "Excuse me miss, i would like to have nasi lemak and hot milo please..." Cewahhhh....   Takde la lapar yang yakmats, tapi dah tengah hari... Eloklah makan nasi sementara masih sempat ni kan...  

Komen - gagal!!  Rasanya macam ok je rasa sebelum-sebelum ni... Ke dalam ZA ni je yang sumpah tak sedap ke tataw larrr....  Ada la luak 3 sudu setelah dipaksa-paksa....  Pasrah nasi lemak ni bukan rezeki tekak untuk hari ni... Huhu

Phewww... duduk tepi tingkap memang bestkan!  Dapat tengok pemandangan kat luar...  Kejap tengok luar awan kepuk-kepuk, kejap kelabu je kat luar... Tapi tiba-tiba.... nahhhhhhh... Fuiyohhhhhhhhhh.....  Pulau apa tu?????  Gigih pula nak kena buka cari dalam peta lepas nih....  Subhanallah cantiknya...

Lepas sambung lelap sebab dengki ngan orang sebelah (hahaha), mata dah terkebil-kebil....  Selak-selak threesixty, terbaca pula info pasal Filipina....  Katanya negara Filipina ni tersenarai dalam rank no 8 sebagai friendliest country in the world!!  Wowwwwwww..... Hurmmm, this is yet to be discovered :D

Weeee nampak dah... Nampak dahhhh......  Woooooo....... Eksaited okayssss....

Nampak dak kat atas laut tu macam ada petak-petak... Nak kata sawah tepi laut ke sangkar ikan.... ke banjir?????  Maklumlah cuaca kat luar macam sayu-sayu je rupanya.....

Weeee..... Manila baru lepas mandi hujan!  Terus tadah tangan janganlah hujan nanti ni.... Nak g jalan....  Masa ni turun dari flight, meniti atas paltform tu terus masuk bas....

Ni rupa dalam bas style bas-bas dalam dari pekan nak masuk kampung, cam ni la rupanya.... Air corn takdak, bukak tingkap ja.....  nak tunggu semua bas penuh dekat sepuluh minit.... dah gerak, tuptup bak kata Janggel "Bau kentot tak sempat nak hilang" dah sampai dah ke Terminal Empat! Hahahaha.... Awatla tak suh jalan kaki ja....  I tacing tawww diorang beriya nak sambut kitaorang nih..... Hihihihi....

Dah sampai kami cuba survey kot-kot ada pilihan teksi lain...  Tapi tengok dari jauh je, kang susah laks nak explain dengan pemandu teksi nak ke mana bagai, kami naik je airport taxi.  Kat Terminal Empat ni sebenarnya ada juga taxi meter, tapi bila kami tanya, dia cadangkan untuk ambil airport taxi je.  

Di Manila, kami duduk di Makati city.  Rasanya lebih dekat kalau nak ke mana-mana...  Naik teksi dari airport ni harganya baru RM44 (dah aku tak sempat lagi nak tukar duit ke Peso.. tiba-tiba unkel ni kata leh bayar RM!) *harga asal dalam peso kalau tak salah P300, bayar duit Malaysia, terus up la #pasrah.   Ada budak-budak dari Kuala Lumpur jugak (demmm semua orang pun ngaku dari Kuala Lumpur... Saya dari Teluk Intan kay....) duduk kat Chinatown kena P650.. Phewwwwwww...  Siap unkel yang jaga tiket ni tanya "Kenapa duduk jauh-jauh dari bandar?" "We want cheap place to stay"  Walhal tempat diorang duduk semalam lagi mahal dari yang ada dalam town...  Tak apalah, janji semua orang pun gembira.

Di Manila, kami menginap di Our Awesome Hostel yang terletak di Makati.  Perjalanan dari airport katanya kalau tak jammed, dalam 20-25 minit, kalau jammed, masaklah duduk dalam teksi sejam lebih... Kebetulan kami sampai petang dan jalan mulai sibuk.  Agaknya sebab tu lah, orang teksi meter suruh naik teksi airport je...  Nanti kang, memasing hangin tengok harga... Hahaha... Logik dak????

Lokasi hostel ni seperti yang dah tanda X warna merah.  Dekat je dengan stesyen MRT dan harganya juga agak murah iaitu P337 lebih kurang RM35/ semalam/ seorang.   Lokasi hostel ni agak strategik sebab boleh jalan kaki ke stesyen MRT iaitu yang terdekat stesyen Buendia, kira-kira dalam sepuluh minit la jugak...

Our Awesome Hostel, lebih kurang macam ni la dalamnya.  Yang paling class sebenarnya duk kat rooftop woooo... Ala-ala penthouse gitew...  Kemudahan wifi ada kat semua level tapi ada satu hari tu spoil giles sebab wifi takleh guna sebab hujan satu hari dari sebelum terbit matahari sampailah matahari tu hilang balik dari pandangan mata nih.... 

#sila abaikan mamat baju merah yang tengah membaca tu... Hall ni tak kira siang ke malam ke, memanjang je ada orang lepak.

Our Awesome Hostel5756 ABBA Building, 
Kalayaan Avenue cor. Northbound EDSA 
(under Kalayaan Bridge/Flyover) beside The Fort/ Global Bonifacio City, Makati, Manila
ourawesomehostel@yahoo.com

Dah lepas letak beg, duduk rehat jap, kami pun menapak laa kengkonon nak pergi mall sebab tu je kot yang sempat...  Pusing punya pusing tak jumpa, sudahnya ke 7E, pastu terus balik hostel.  Kita rehat je larr... Esok nak jalan jauh laksssss.....

Ok.... Nanite.....
[end of day 1]

Friday, September 13, 2013

OPoCoT!!!!! EH eHH!!!!

Haluuuuu.... Opsssss... Eh EHhhh....

(loghat Negeri Sembilan)
Haaaa melatah laks ekau ni yo! Apo hal???
Dapur ese meletops mak!!!
Ehhhhh... drama la ekau ni.... Dapur mano? Mano???
Ngeeee #sengih
Ese mintak ijin ni omak yo.... Ese nak g jalan cuti Hari Malaysia ni yo mak....
Ekau nak poei mano? Duk kek ghumah tulun mak kiro bulu kucing eh bulu kucing (udah melatah laks)....
Udah le mak... Omak jangan nak join drama ese yo mak...  Biar ese je yang drama-drama ni...

(loghat utagha)
Sebenaqnya mak..... Cheq nak pi cari Kasim Selamat...
Kasim Selamat??? Siapa itu Kasim Selamat? Lawyer? Majistret?
#tepukdahi Salah mak, salah. Cheq melawak ja mak. Cheq nak cari Rizal mak...
R.I.Z.A.L.?.?.?.? *soundEffect Jeng Jeng Jeng

Cekidaut dari blog Janggel jugak janggeltrekking2.blogspot.com :D



 

Tuesday, September 10, 2013

aKu SaMBuT MeRDeKA 2013

HaLuuu....

Salam Satu Malaysia.... Salam Jom Pi Jalan, JOM!!!!

Dah 3 9 haribulan rupanya... Macam semalam je aku habiskan malam dan pagi di kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur.  Gigih!!  Memang lain macam aku sambut Merdeka tahun ni.

Malam merdeka kalau ikut perancangan asal sebenarnya menanti dengan penuh debar nak jumpa sorang kawan ni yang katanya dari hometown nak ke Kolumpo... Dek bahana jalan raya di seluruh pelusuk negeri, maka pertemuan itu pun telah dibatalkan dan dengan cepatnya terganti dek benda lain...  Ada sorang sahabat ni, tiba-tiba ajak ikut dia dan kawan-kawan buat program #feedthehomeless.  Hurmmmm pertama kali la aku dengar pasal program ni...  Tapi sebenarnya dah lama dah ada, aku je kot yang tak sedar.  Program ini dibuat secara sukarela oleh beberapa individu dan ada dua tiga kumpulan yang aktif buat kerja-kerja ni..  

Katanya,
"Mas, jom ikut bergelendangan"
"Hah??? Hahaha biar betul?"
"Jommmm......"

Malam merdeka, mujur lrt dilanjutkan tempoh sampai jam 2 pagi.  Terus naik lrt sampai Masjid Jamek.  Muka dengan malu-malu kucing teruslah menyapa beberapa orang yang aku rasa dari kumpulan sukarela tu...  Kawan aku pula tak sampai-sampai lagi.... haisss ai shyyyy..... hahahahaha #drama

Apapun, dari aktiviti malam tu... semasa berjalan dan mengedarkan makanan kepada orang-orang gelendangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, aku rasa debar. Ya debar... sebab masuk ke tempat-tempat yang bolehlah dikira sebagai agak sepi... Tak pasti pun yang duduk bawah selimut-selimut guni, selimut-selimut kotak itu orangnya yang bagaimana...  Cuma masa itu, aku pegang pada niat dan semoga urusan dipermudahkan.  

Kalau diikutkan program  sebenar, diorang bukan setakat edarkan makanan tetapi ada juga dibuat tayangan video (pakai projektor) dan juga sesi berkongsi cerita.  Dah selesai semua, maka yang sukarela ni akan dibahagi-bahagi kumpulan untuk hantar makanan ke 'port-port' gelandangan ni..  Baru aku tahu rupanya diorang ni  (gelandangan), tidur secara berjemaah juga.  Kalau satu tempat tu ada, maka bercampurlah diorang...  Ada yang tempatan, ada yang asing, campur...

Esok paginya, aku bersama Kaki Berangan (Henry Fox - nama buat masa ni, hahaha) dan Janggeltrekker ke Dataran Merdeka pula.  Pertama kali bersesak-sesak nak tengok perbarisan Hari Merdeka secara 'live'.  Sebab aku lambat sampai (dek malam tadi pun, pukul 3 baru nak sampai rumah... huuuu zzzzz), maka aku duduk jauh dari diorang berdua yang ceritanya duduk bertentangan dengan khemah Agung... Uiiiii untungla....  Jadinya, kat sini nak kongsi beberapa keping gambar yang untuk tatapan.  Pagi merdeka, selain dengan gembira dan bersentuh hati menyanyikan lagu NegaraKu, wajah-wajah kecil yang berada disekeliling lebih menarik tumpuan lensa ku.

Terkenang, wajah yang ku lihat malam tadi.  Harapanku, agar kita semua kekal merdeka walau dalam apa jua aspek yang terlintas di minda.  

  
Dekat pukul sebelas baru nak keluar!!  

Tempat bertanggak sebelum membuat edaran.

Huwarkhhhh awalnya nak kena pi Dataran...  Biasanya celik mata, tak yah mandi pun dah leh tengok perarakan Hari Merdeka kat televisyen!!

Nak cari Henry Fox ngan Janggel memang taklah.... Mana nak ku redahkan orang yang dah ber'lapis-lapis' depan dataran tu....

Dah boring depan dataran, tukar port depan DBKL pula.. Baru puas dapat tengok dekat-dekat.

Selepas perarakan kereta berhias, ada pancaragam...

Yang hensem-hensem ini, pengawal istana

Polis trafik wanita... Wahhh ramainya...  Bangga aku! Lagi bangga, kalau aku leh cuba bawa motor besar nih :D

Saja nak 'try' 'test' tengok kasut berkilat dak


Semasa nyanyian Lagu NegaraKu... Semangat woooo nyanyi....  Dah sudah nyanyi, ada bedilan meriam pula :D

Dan, yang berikut-berikut ini, dikongsikan gambar adik-adik, anak-anak yang berada di sekitar Dataran Merdeka pagi tersebut.  Tabikkkkk.....